[VIDEO] “Sakit perut aku gelak!” – Kakak ‘Prank’ Adik Suruh Pergi Sekolah Waktu Malam Buat Netizen Berdekah

Siapa pernah kena ‘prank’ dengan adik beradik? Selalunya anak bongsu yang akan jadi mangsa kena sakat dengan kakak atau abang lagi-lagi kalau jenis kuat menyakat. Samalah macam dua kanak-kanak lelaki ni yang kena ‘prank’ dengan kakak dorang.

Video dari instastory menunjukkan dua beradik tu kena sakat dengan kakak dorang dah viral dekat Twitter sejak semalam. Dalam video tu, melalui loghat yang didengar adik beradik ni berasal dari Kedah.

Difahamkan dua kanak-kanak lelaki tu tidur dari petang sampai ke malam tak bangun-bangun. Disebabkan tu, kakak dorang buat keputusan untuk ‘kenakan’ adik-adik dia tu.

Ni lah padahnya tidoq dari petang sampai malam haha. Gerak suruh pi sekolah dia pun bangun nak pi sekolah 😂”

Dalam video tu memang nampak lah progress adik-adik dia daripada kena kejut bangun ‘pergi sekolah’ tu, lepas tu ada juga tunjuk dorang cepat-cepat pakai baju sekolah.

Sumber: Twitter

Suara latar pun boleh dengar kakak dia bebel kononnya dorang tidur nyenyak sangat sampai tak sedar dah pukul 7 pagi, dah lambat pergi sekolah.

Then, kakak dia juga tunjuk part dorang tengah susun buku ikut jadual lepas tu dorang cepat-cepat pakai kasut sekolah pula sebelum panggil mak untuk hantar pergi sekolah. Haha buat hal lah kakak dia!

Mak, jom mak…”

Sumber: Twitter

Tonton video kelakar tu dekat bawah:

Video tu dah berjaya dapat lebih 28,000 retweets dan netizen semua komen yang dorang terhibur dengan apa yang jadi dekat dua beradik tu. Ada yang kata kesian dekat dorang tu tapi at the same time benda tu kelakar.

Sumber: Twitter

Ada juga yang share pengalaman dorang sendiri waktu kecil dulu, kena sakat juga dengan adik beradik masing-masing. Siap ada yang kata,

Tak lengkaplah hidup sebagai adik kalau tak pernah rasa kena game dengan kakak atau abang macam ni.”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber:  Twitter  / lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.