‘Vlogger Cantik’ Kant0i Rupa Sebenar Lepas Aplikasi Filter Terganggu Ketika Bersiaran Langsung!

 

Tular di sosial media apabila seorang Vlogger yang disangkakan wanita muda cantik rupa-rupanya hanya bersiaran langsung menggunakan aplikasi filter wajah.

Wanita yang menamakan dirinya ‘Your Highness Qiao Biluo’ dari China itu memiliki lebih dari 100,000 pengikut di Douyu (sebuah web TV secara langsung yang terkenal di China).

Sebelum itu, wanita ini sering dipuji akan kecantikan wajahnya dan suaranya yang kecil dan comel. Namun ada juga dalam kalangan peminatnya yang tahu wanita ini sebenarnya menggunakan aplikasi filter wajah.

Malah ada yang cuba memujuk untuk dia mendedahkan wajahnya yang sebenar, namun dia tidak mahu.

Jauh sangat bezanya guna filter ya!

“Saya tidak boleh tunjukkan wajah sebenar sehingga dapat mengumpul dana sebanyak 100,000 Yuan (RM59,873),” ujar wanita ini kepada sesiapa yang minta dia mendedahkan wajah sebenarnya.

Walaubagaimanapun ketika sumbangannya mencecah 40,000 Yuan, filter yang digunakannya mengalami masalah teknikal dan wajah sebenarnya terdedah kepada penonton.

Dia mula menyedarinya selepas melihat ramai yang keluar dari siaran langsungnya.

Lebih kesian lagi apabila ramai penontonnya mula menarik semula sumbangan mereka dan rasa tertipu dengan identiti wanita yang sebenarnya berusia 58 tahun itu.

Wajah asal sebelah kanan dan sebelah kiri menggunakan filter.

Jika dilihat pada perbezaan gambar ketika siaran langsung dan wajah sebenarnya memang terlalu ketara. Orang kata berpada-padalah kalau nak buat sesuatu pun.

Sumber: Nextshark via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.