Connect with us

Keluarga

“Jangan Ajar Anak Masa Berdiri” – Nasihat Makcik Ini Tentang Cara Didik Anak Memang Power

Published

on

Sebagai ibu bapa, pastinya anda inginkan yang terbaik buat anak-anak anda. Namun begitu, cara untuk anda melentur dan membentuk anak-anak anda perlulah dengan cara yang betul supaya senang untuk mereka fahami.

Tidak dinafikan, dalam dunia ini terdapat kanak-kanak yang mungkin kurang kasih sayang dan belaian daripada ibu bapa mereka sewaktu kecil. Oleh itu, perkara tersebut telah membuatkan mereka protes dan melakukan perkara yang tidak sewajarnya ketika meningkat dewasa.

Namun ianya bukanlah 100% salah ibu bapa ataupun anak-anak. Mungkin keadaan tidak mengizinkan atau masalah peribadi lain yang dihadapi ketika proses pembesaran.

Ada juga ibu bapa yang keliru tentang bagaimana cara yang terbaik untuk mereka mendidik anak-anak supaya mereka boleh dilenturkan dengan lebih mudah dan menjadi seorang yang berjaya di masa yang akan datang.

Baca perkongsian seorang wanita berwarga Cina yang telah memberikan nasihat berbentuk tips yang sangat berguna untuk ibu bapa di luar sana.

Perkongsian ini telah ditulis sendiri oleh seorang pengguna Facebook iaitu Nurul Atika Moktar.

Tips didik anak ini diberikan oleh aunty yang menjual ketika sedang membeli barang di pasar. Memang sangat berguna.

Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak. Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.

“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia. Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”

“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you. Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”

Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”. Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.

Bukan itu sahaja, jika ibu bapa buat silap juga perlu minta maaf dan turunkan ego sebagai orang tua mereka. Tidak semestinya ibu bapa sentiasa betul, anak-anak sentiasa salah.

Lagi aunty tu pesan. Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.
“Oh ya, mama salah tadi..sorry”

Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah ke tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?

Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang”

Okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah. Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)

Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.

Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting. ?

Sumber : Says Seismik

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending