Connect with us

Hiburan

Minta Maaf Mama Bukan Ibu Yang Terbaik

Published

on

Datin Seri Shahida Mohd Rashid muat naik foto dua anak angkatnya, Ameena dan Qayyum mengakui merindui mereka berdua.nIsteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri juga sempat menulis kapsyen panjang khas untuk Ameena dan Qayyum. 

“Rindu Ameena+Qayyum. Minta maaf mama bukan ibu yg terbaik utk meena n Oyum tapi mama selalu cuba yg terbaik, cuba utk berlaku adil,cuba utk selalu memberi kasih sayang seadanya,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia juga melayan Ameena dan Qayyum sama rata seperti anak kandungnya yang lain.“Dua2 ni dah jadi anak susuan saya, dah saya susukan mereka. Alhamdulillah dipermudahkan. “Kadang2 saya marah juga mereka kalau nakal sama mcm saya marah anak2 yang lain, nak mendidik mereka mungkin cabaran buat saya. “Nak didik anak sendiri pun susah yg kita dah tahu datang dari sifat kita nikan pula yg datang dari mak ayah nya berbeza, mudahan dipermudahkan,” tulisnya lagi. 

Aliff dan keluarganya kini sedang bercuti di luar negara namun tidak dapat membawa kedua anak kecil itu atas faktor status sebagai anak angkat. Sebelum ini, Aliff dan Shahida sudah banyak kali menjelaskan sebab mengapa tidak boleh membawa Ameena dan Qayyum bercuti apabila terlalu ramai yang bertanyakan hal tersebut.

Foto/Instagram: DS Nur Shahida

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending