Connect with us

Hiburan

Nabila Huda Antara Pelakon Pilihan Bawa Watak Juita

Published

on

KUALA LUMPUR: Pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin mengakui, buntu sejak Nelydia Senrose mengambil keputusan tarik diri melakonkan watak antagonis, Juita dalam karya sekuelnya, Nur 2.

Ezad berkata, dia mempunyai beberapa nama pilihan yang dicadangkan peminat dan produksi antaranya Nadia Aquilah, Nabila Huda, Nad Zainal serta Mimi Lana.

“Ketika menghasilkan skrip, saya hanya membayangkan Nelydia. Tetapi apabila dia tarik diri, saya buntu untuk mencari pelakon lain yang sesuai.

“Saya ada memuat naik mengenai perkara itu di media sosial dan meminta bantuan netizen memikirkan pelakon yang sesuai.

“Banyak nama yang dicadangkan, tetapi selepas berbincang dengan produksi, empat pelakon ini mempunyai kriteria yang dicari.

“Namun, saya masih belum pasti antara mereka siapa yang sesuai untuk membawa watak jahat itu,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Shahrulezad memuat naik paparan skrin perbualannya dengan Nelydia yang memaklumkan, dia menarik diri daripada projek itu.

Nelydia yang sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah membuat keputusan itu selepas berbincang dengan keluarganya yang tidak bersetuju dia membawakan watak terbabit.

Sementara itu, Ezad berkata, seandainya masih belum menemui jalan penyelesaian, dia menyerahkan keputusan memilih pelakon kepada stesen televisyen, TV3.

“Mengikut perancangan, penggambaran Nur 2 akan bermula minggu depan.

“Biarpun belum menemui pelakon untuk membawa watak Juita, penggambaran tetap diteruskan.

“Saya yakin kami sempat mencari pelakon ganti memandangkan penggambaran membabitkan watak itu hanya akan bermula dua minggu lagi,” katanya.

Nur 2 bakal menyaksikan gandingan pelakon seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Rina Diana, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Laila Nasir, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Ia dijangka ditayangkan di TV3 pada pertengahan Mac depan.

Sumber : BH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending