Connect with us

Hiburan

Nasib Baik Ada ‘Pujaan Hati Kanda’, Orang Sangka Syazwan Zulkifly Dah Tiada

Published

on

setahun lalu, kelibat pelakon Syazwan Zulkifly sudah tidak kelihatan di mana-mana stesen televisyen sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat tentang beliau.

Malah perkara itu turut diakui oleh Syazwan sendiri apabila dia mendapat banyak pertanyaan mengenai perkara itu sehingga ada menyangka dia sudah tidak lagi berlakon.

Menjelaskan perkara itu, Syazwan berkata, selama 10 bulan dia tidak mendapat apa-apa tawaran lakonan dan 2018 disifatkan sebagai tahun mencabar baginya.

Oleh kerana itu juga kata pelakon Juvaana itu, kelibatnya tidak kelihatan di televisyen dan hanya menerima tawaran berlakon untuk drama rantaian Pujaan Hati Kanda sekitar Oktober tahun lalu.

Pujaan Hati Kanda dan watak Pali dipegang Syazwan trending di Twitter.

“Sebelum saya keluar dalam drama Pujaan Hati Kanda, saya dapat banyak pertanyaan antaranya kenapa dah lama tak nampak dekat TV? Dah berhenti berlakon ke? Atau dah lama tak nampak berlakon bro.

“Drama Pujaan Hati Kanda adalah drama bersiri pertama saya untuk tahun 2018 dan memulakan penggmbaran pada Oktober 2018.

Tahun 2018 adalah tahun yang agak struggle untuk saya, bayangkan bulan 10 baru ada satu projek drama rantaian untuk saya. Itulah alasan kenapa lama tak nampak saya dekat TV,” katanya.

Syazwan bergandingan dengan Mira Filzah dalam Pujaan Hati Kanda.

Dalam pada itu, Syazwan berkata, dia terharu apabila masih ada peminat yang menantikan kemunculannya di televisyen dan tidak menyangka peranannya sebagai Pali dalam drama tersebut mendapat sambutan luar biasa sehingga menjadi trending.

“Sepanjang menjayakan drama ini, saya hanya ada satu benda yang saya pegang, saya akan bermain dengan karakter ini sebaik yang saya mampu dengan ikhlasnya.

“Kepada yang selama ini perasan lama ketiadaan saya di TV saya ucapkan terima kasih kerana masih ingin melihat saya beraksi di TV dan terima kasih atas tweet-tweet #kecampali untuk hari ini hingga trending.

“Saya anggap ini adalah hadiah dan permualaan yang baik untuk saya pada tahun 2019 ini… Alhamdulillah dan terima kasih semua,” ujarnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit : Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending