[FOTO & VIDEO] “Rocky!!! (Nama Sebenar Dia Rokiah)”.. Semakin Kurus, Sherry Alhadad Berjaya Turunkan 11kg!

MH pasti ramai yang perasan dengan perubahan bentuk badan pengacara dan pelakon popular, Sherry Alhadad yang kini semakin kurus.

Malah penampilannya di malam Anugerah MeleTOP Era 2018 malam tadi juga turut mendapat perhatian peminatnya dan rata-rata memuji dirinya semakin kurus dan cantik.

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rocky!!! (Nama sebenar dia Rokiah) ? @kingfromzion

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

 

Dalam pada itu, menurut laporan daripada Mstar Online, Sherry berkata dia mula mengubah gaya hidupnya selepas mendapat nasihat daripada doktor berhubung kesihatannya.

Pelakon ini berkata, doktor memberinya tempoh selama tiga tahun sahaja untuk menjaga kesihatannya jika tidak dia bakal berhadapan dengan risiko penyakit-penyakit berbahaya.

Selepas mengamalkan gaya hidup sihat, Sherry telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram dalam masa tiga bulan.

“SEBELUM INI SAYA ADA BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN DOKTOR SELALU CAKAP SAYA ADA TIGA TAHUN SAHAJA UNTUK JAGA KESIHATAN.

“BUKAN UNTUK MATI… TAPI UNTUK MENGELAK DARIPADA SEBARANG PENYAKIT. ALHAMDULILLAH, SAYA DAH BERJAYA MENURUNKAN BERAT BADAN SEBANYAK 11 KILOGRAM DALAM MASA TIGA BULAN,” KATANYA KEPADA MSTAR ONLINE.

Pelakon ini juga berkata, dia melakukan senaman dan menjaga pemakanannya untuk sihat dan cergas.

Sherry juga berhasrat untuk mengurangkan berat badannya di bawah 100 kilogram. Sebelum ini berat badannya adalah 119 kilogram dan selepas berjaya menurunkan 11 kilogram, berat terkininya adalah 108 kilogram.

MH doakan Sherry diberi kesihatan yang baik dan berjaya mendapatkan berat yang diingininya.

Sumber: Mstar Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply