“Kaunter 26 buat hati saya berbunga” – Netizen Minta Agensi Kerajaan Contohi JPN Putrajaya, Staf & Servis Tiptop Habis!

Kalau semalam kecoh dengan berita seorang individu naik angin gara-gara disuruh pulang lepas menunggu 4 jam di pejabat kerajaan. Hari ini, viral pulak kisah positif tentang pejabat kerajaan yang patut dicontohi ramai.

Menerusi perkongsian Normaliza Mahadi di Facebook, dia nampaknya telah melalui pengalaman yang sangat menyenangkan apabila berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya.Ini apa yang dikongsikannya…

“Wargakerja kaunter 26 ini membuatkan hati saya berbunga. Cara beliau menyambut pelanggan, senyuman beliau… sangat mengagumkan” 

Menurut Normaliza, beberapa hari lepas dia dan suaminya telah ke JPN untuk membuat urusan penukaran kad pengenalan. Seperti biasalah, urusan dimulai dengan ambil nombor dan kemudian ambil gambar pulak. Tapi apa yang luar biasa ialah layanan pegawai di kaunter 26 yang berurusan dengan mereka tu. Wah! 

“Beberapa hari lepas daya dan suami ke JPN, Putrajaya untuk menukar kad pengenalan. Manalah tau lepas tukar kad pengenalan boleh jadi muda pulak kan .

“Anyway macam biasa ambil no. Lepas tu dipanggil untuk pengesahan kad sedia ada dan isi borang tukar alamat. Lepas tu tunggu gambar diambil. Saya ni cantik kurus dan bersopan santun kan. Maka gambar saya senanglah nak amik 

“Lepas dah amik gambar, kena tunggu untuk ambil IC baru. Sambil tunggu tu saya dan suami berbual mengenai layanan kaunter. Layanan kaunter sangat baik dan mengkagumkan. Dari proses mengambil no sehingga IC siap hanyalah mengambil masa kurang daripada 40 minit. MasyaAllah.

“Dan wargakerja kaunter 26 ini, membuatkan hati saya berbunga. Cara beliau menyambut pelanggan, senyuman beliau dan setiap butir kata yang mesra sangat mengkagumkan.

“Menurut suami saya, cara layanan ini setaraf dengan cara layanan yang beliau dapat sewaktu tinggal di US dahulu.

“Cik Puan ini memang hebat! Tahniah kepada JPN, Putrajaya.”

Sumber: Facebook “Semalam pergi JPN dan dilayan oleh orang yang sama juga. Estimated masa sejam tapi tak sampai 30 min” Ternyata bukan Normaliza je kagum dengan sikap pegawai ni, orang lain yang pernah berurusan dengannya pun suka sangat dengan cara pegawai ni lakukan tugas. Pantas dan efisyen!

Sumber: Facebook“Dialah orangnya Puan Shemlah Grace”  Rupa-rupanya begitu pantas berita tersebar ye! Pegawai yang dimaksudkan di dalam gambar yang viral tersebut ialah Cik Shemlah Grace iaitu kakitangan Unit Perkhidmatan Kaunter (Serahan) Bahagian Kad Pengenalan JPN.


Sumber: Facebook

Sumber:lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply