[VIDEO] Bukan Senang Nak Jadi Avengers, Ini Bloopers Filem Infinity War Yang Mencuit Hati!

Filem Avengers: Infinity War sememangnya antara filem yang meninggalkan kesan di hati penonton serata dunia. Hal ini demikian kerana jalan ceritanya yang agak menarik dan membuatkan penonton tidak jemu melihatnya. Bahkan sambungan daripada filem ini juga amat dinanti-nantikan oleh peminat filem ini baik dewasa mahupun kanak-kanak.

Kisah Infinity Wars bersambung daripada filem Thor:Ragnarok dimana kesemua rakyat Asgard melarikan diri daripada negara mereka apabila ia musnah.

Sesiapa yang mengikuti filem Marvels tentu tahu mengenai Thanos dan akhirnya dia memunculkan diri sebagai antagonis paling kejam dalam kesemua filem Marvels.

Menariknya, perlawanan menentang Thanos bukan berlangsung di Bumi sahaja tetapi juga di Galaksi dimana Iron Man, Doctor Strange, Spiderman dan Team Guardian of Galaxy berlawan di angkasa lepas manakala team yang diketuai oleh Captain America pula berusaha melindungi Bumi.

Namun, disebalik elemen aksi dan serius yang dipaparkan oleh para pelakon Avengers, banyak juga scene bloopers yang mencuit hati. Ingat senang ke nak jadi Avengers ni?

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: era

Be the first to comment

Leave a Reply