Connect with us

Hiburan

Kelibat Misteri Dirakam Dalam Drama Leftenan Zana Jadi Tumpuan. Setelah Disiasat, Ini Identiti ‘Imej’ Tersebut

Published

on

Baru sahaja ditayangkan, drama Leftenan Zana terbitan JS Pictures Sdn Bhd di bawah arahan Jinggo dan Sheila Rusly sudah punyai kontroversi nya tersendiri.

Bermula dengan spekulasi netizen mengenai perselisihan faham antara Sheila dan Janna Nick selaku pelakon utamanya, kini muncul pula dakwaan daripada netizen mengenai etika pemakaian para pelakon di dalam drama itu.

Netizen Dakwa Produksi Abaikan Tatacara Pemakaian Baju Seragam 

Isu tersebut tercetus apabila seorang netizen di laman Twitter yang dikenali sebagai Amar Aziz yang juga seorang anggota tentera menegur cara pemakaian baju seragam pasukan tentera yang dipakai oleh pelakon-pelakon Leftenan Zara yang dilihat seolah-olah serba tidak kena.

Kelibat Misteri Dirakam Dalam Drama Leftenan Zana. Setelah Disiasat, Ini Identiti ‘Imej’ Tersebut

Malah netizen-netizen yang mengikut drama ini turut berasa kecewa kerana perkara seumpama itu diabaikan memandangkan etika pemakaian merupakan salah satu imej ketenteraan yang dipandang tinggi.

Tidak Salahkan Pihak Produksi 

Meskipun dikecam hebat, Amar tidak menyalahkan pihak produksi atas kesilapan yang mungkin terlepas pandang oleh pihak mereka. Sebaliknya, wakil dari pihak ketenteraan yang seharusnya memainkan peranan dalam aspek pemakaian, etika dan juga teknikal.

Kelibat Misteri Dirakam Dalam Drama Leftenan Zana. Setelah Disiasat, Ini Identiti ‘Imej’ Tersebut

Leftenan Zana merupakan drama ketenteraan yang dibintangi oleh Janna Nick, Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Zarul Husin dan Hairie Othman. Drama ini mula disiarkan pada 8 Februari 2019 di Slot Lestary TV3.

Terbaharu dalam episod 9, muncul susuk tubuh misteri dalam babak ketika Leftenan Zana dan kawan – kawan didenda akibat berkelahi. Jika Diperhatikan betul – betul susuk misteri tersebut seakan – akan jurukamera yang sedang merakam aksi filem terbabit. Kemungkinan Pihak produksi terlepas pandang kesilapan kecil ini. Lihat video di bawah minit ke 2:25 kelibat kru produksi dapat dilihat.

VIDEO:

Dalam pada itu, Sheila menjelaskan apa yang berlaku antara dia dan Janna tiada langsung kaitan dengan drama terbaharu itu yang menampilkan Janna sebagai watak utama.

Sebaliknya kata Sheila, perselisihan faham berkenaan terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka kerana ia adalah melibatkan hal keluarga.

“Jujur… Apa yang terjadi ini tidak ada kena mengena dengan Leftenan Zana. Hal keluarga yang terlalu peribadi untuk dikongsi,” katanya

Apapun Drama Leftenan Zana ini merupakan satu perubahan dari berbanding Drama Cinta Sekarang, Kredit harus di berikan harus pihak Produksi yang berani mencuba, Semoga drama ini mendapat sambutan yang tinggi daripada penonton dalam negara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: hangat via theklasik

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending