Connect with us

Hiburan

Tiga Kali Bersalin Dengan Mudah Tanpa Koyakan Dan Jahitan. Ibu Ini Kongsi Tips Yang Diamalkan Dari Mengandungkan Anak Sulung.

Published

on

Melahirkan bayi merupakan perjuangan hidup m4ti seorang wanita. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tiada tolok bandingnya. Ketahui beberapa fakta menarik mengenai proses melahirkan bayi.

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata dar4h yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu

Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama

Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Boleh dikatakan semua bakal ibu mahu bersalin secara normal dan tidak menjalani sebarang pembedahan.

Walaubagaimanapun, setiap kali proses bersalin pasti menjadi ketakutan para ibu pada luka sama ada besar ataupun kecil.

Tetapi berbeza dengan wanita ini, Puan Sharipah Eyrie sudah tiga kali bersalin normal tanpa koyakan.

Di dalam posting Facebook, beliau kongsikan amalan dan doa yang sering dilakukan sejak anaknya yang sulong lagi.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

VIRAL BERSALIN TANPA K0YAKAN ATAU BEBAS JAHIT.

Sejak minggu lepas saya membaca perkongsian ilmu tentang tips seperti tajuk di atas. Kerana puan tersebut melahirkan tanpa koyakan.

Saya juga mahu berkongsi tips yang mungkin berbeza. Saya terpanggil untuk berkongsi kerana selamat melahirkan 3zuriat tanpa koyakan. Alhamdulillah.

Tiga Kali Bersalin Dengan Mudah Tanpa Koyakan Dan Jahitan. Ibu Ini Kongsi Tips Yang Diamalkan Dari Mengandungkan Anak Sulung.

Tiada tips dari segi pemakanan kerana saya mengamalkan minyak kelapa dara semasa kandungan pertama sahaja serta pengambilan tidak konsisten. Saya juga tidak mengamalkan supplements kecuali dari klinik kesihatan kerajaan( hb saya low). Cuma tips saya ialah:

1. Aktif

Jangan terlalu manja kan diri dalam konteks jangan malas. Jika larat, buat sahaja. Saya juruterapi pergigian & skop tugas ialah berpindah randah dari sekolah ke sekolah lain dengan peralatan pergigian, memunggah barang etc.

2. Solat

Jangan tinggal. Solat juga sebagai exercise. Google kesan solat dari segi saintifik. Korang pun tahu kuasa allah. allahuakbar.

3. Doa

Ini doa yang dihantar melalui whatsapp oleh sepupu saya apabila dia tahu saya hamil anak pertama.

Saya tidak pernah hafal, cuma ada saya masa terluang saya capai phone dan baca. Selepas solat & sebelum tidur juga saya amalkan doa ini. Bila-bila free. Sepupu saya juga melahirkan dengan mudah, alhamdulillah. Thanks aishah.

Doa Mudah Bersalin:

Tiga Kali Bersalin Dengan Mudah Tanpa Koyakan Dan Jahitan. Ibu Ini Kongsi Tips Yang Diamalkan Dari Mengandungkan Anak Sulung.

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,

Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia

sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. 

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. 

Aminn.

Sesungguhnya sakit bersalin itu hanya Allah yang tahu. Saya percaya ramai lagi wanita lain di luar sana dengan perkongsian yang menarik. Selamat mencuba.

Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meningal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: YoyNetwork/theklasik

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending