
Malam semalam berlangsungnya Konsert Siti Nurhaliza On Tour di Singapura. Konsert kedua yang diadakan selepas di Jakarta Indonesia ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat daripada para peminatnya di Singapura.
Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan penuh bertenaga dan memukau dalam setiap persembahan dan lagu-lagu yang dibawanya. Konsert yang berlangsung di Dewan Singapore Expo telah dibanjiri oleh para peminatnya sekitar 4,500 orang. Persembahan yang penuh warna-warni ini turut dihadiri oleh ahli keluarganya.
Warna-warni konsert di Singapura
Selepas ini, konsert terakhir untuk Siti Nurhaliza On Tour akan diadakan di Kuala Lumpur dengan jumlah kehadiran lebih besar kerana tiket konsert sudah pun habis terjual beberapa minggu yang lepas.
Menerusi Instagram pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, beberapa keping gambar sekitar konsert semalam telah dimuat naik. Kelihatan persembahan yang berlangsung sangat mengujakan dan sememangnya penyanyi nombor satu Malaysia ini mempunyai aura yang begitu besar untuk hiburan tanah air.
Ada Tulus!
Superstar!
Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi kapsyen di setiap muat naik gambar berlangsungnya konsert itu turut menzahirkan ucapan terima kasih mewakili Datuk Seri diatas kelancaran konsert Siti Nurhaliza On Tour di Singapura ini.
Rata-rata peminat turut meninggalkan komen positif terhadap konsert yang sudah dijalankan. Ada juga yang tidak sabar menunggu konsert terakhir di Malaysia dan dijangka akan lebih meriah serta memukau.
VIDEO :
Sumber:Instagram Rozi Sang Dewi via Tsv
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia
Leave a Reply