“Aku Ilang Kejap Jek..”- Johan Tidur Tak Sedar Anak ‘Terpelanting’ Jauh Cvri Tumpuan Mak2!

Menerusi Instagram, luahan dan foto Ozlynn isteri kepada pelawak terkenal iaitu Johan mencuri tumpuan ramai tambah pula foto tersebut mempunyai kisah yang mencuit hati netizen.

Mana taknya, Ozlynn meminta suaminya itu menjaga anak kecilnya dikenali sebagai Baby Moleiq namun lain pula jadinya apabila Johan tidak sedar gara-gara lena tidur sehingga anaknya itu ‘terpelanting’ jauh dari tilam.

Aku nak kemas dapor.. dan nih hasilnya.

“Kasihnya isteri taat pada suami, kasihnya ibu membesarkan anak, kasihnya ayah… haaaa tu diaa.. dia sedap membuta atas tilam sampai tak sedar anak kecik terpelanting jauh dari tilam.. Mangkaq!! La nih terus rasa kasihnya isteri elok pelangkong suami..

“Harey tol.. aku ilang kejap jek.. mintak tolong jaga dan tidokan anak2.. aku nak kemas dapor.. dan nih hasilnya.

Sape penah..

“Sape penah kena macam nih?? Laki yang kita harapkan rupanya tak leh harap.. tak tau la nak libas dulu ke nak gelak kenak nangis..” ujarnya panjang di Instagram.

Bagaimanapun, rata-ratanya turut meninggalkan pengalaman yang seakan sama dialami oleh Ozlynn selain turut terhibur melihat luahan Ozylnn dan gelagat Johan bersama anak-anak.

Kesian anak terkeluar dari landasan…

Adoii tergelak tengok post sis!

Sabar ya Moleiq…

Boleh pulak si Moleiq tak menangis!

Hahahah buat hal…

Comel ya Allah! Jauh terpelanting…

Mesti Moleiq golek2 ni…

Sumber: Jozlynnhanania via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Be the first to comment

Leave a Reply