Ibu Punyai 3 Orang Anak Lebih Stress – Pakar Psikologi

Betul ke orang dahulu anak ramai, tapi orang sekarang rata-rata anak lima orang ke bawah? Adakah disebabkan faktor ekonomi, pendidikan mahupun teknologi yang mendorong perubahan dalam memiliki zuriat ini?

Selalunya kita fikir makin ramai anak, mak bapak lagi pening dan stress. Ya lah lagi banyak kerenah kena layan terutama yang ada sampai lima enam orang anak. Sebab itu zaman sekarang tak ramai pasangan yang mahu beranak ramai. Tapi itu kata kita, lain pula menurut kajian.

KAJIAN TAHAP STRESS KAUM IBU

Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh TODAYParent.com didapati, tahap stress ibu yang mempunyai tiga orang anak adalah lebih tinggi berbanding ibu yang memiliki jumlah anak yang lebih dari angka itu. Kajian ini telah melibatkan 7,000 orang ibu di Amerika Syarikat dan dibuat untuk mengetahui tahap stress ibu dikaitkan dengan jumlah anak.

Apa yang menarik tentang kajian tersebut, ia juga mendapati tahap stress tidak akan meningkat dengan pertambahan anak. Malahan ibu yang mempunyai empat anak dikatakan mempunyai tahap stress yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang mempunyai tiga anak.

Menurut pakar psikologi dari New York Dr. Janet Taylor, tahap stress akan kurang selepas mempunyai anak keempat. Ini kerana pada masa ini ibu akan belajar untuk menerima dan berhenti dari mencuba untuk mengawal semua perkara tentang anak mereka.

“Dengan empat anak, fikiran mereka sudah tidak cukup ruang untuk memikirkan kerisauan tentang kesempurnaan.”

“Malah semakin ramai anak sebenarnya semakin yakin seorang ibu itu dengan kemahiran keibubapaan mereka. Anda kena belajar membiasakan diri dan selepas itu anda akan bersyukur,” ujar Dr. Janet.

JENIS-JENIS STRESS

Selain daripada itu kajian juga mendapati bahawa terdapat beberapa jenis stress yang dialami oleh kaum ibu, antaranya:

• 46 peratus ibu mengatakan suami menyebabkan mereka lebih stress berbanding anak.

• 60 peratus ibu mengatakan perasaan tak cukup masa untuk melakukan apa yang dikehendaki oleh seorang anak daripada ibu menyebabkan berlakunya stress.

• 72 peratus ibu stress apabila memikirkan betapa stressnya mereka.

• 9 daripada 10 ibu stress untuk kekal cantik dan menarik.

Jadi kesimpulannya, bagi kaum ibu yang mempunyai tiga orang anak, selepas ni bolehlah buat perancangan untuk tambah anak ya. Semoga tahap ke’stress‘an itu berkurang!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: ricerbed

Be the first to comment

Leave a Reply