Connect with us

Hiburan

Selepas 2 Bulan Bersalin, Nadiya Nisaa Tayang Wajah Baby Girl

Published

on

Selepas dua bulan melahirkan bayi perempuan, pelakon Nadiya Nisaa mendedahkan wajah anak ketiganya.

Nadiya berkongsi foto anaknya sempena usianya mencecah dua bulan di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian ramai terutama peminatnya yang teruja melihat anaknya yang diberi nama Aminah Rose.

Rata-rata memuji wajah anaknya yang comel dan berkulit putih itu.

Aminah Rose dilahirkan pada 1 Januari lalu.

Nadiya mempunyai seorang anak lelaki bernama Omar. Sementara seorang lagi cahaya matanya meninggal dunia ketika dilahirkan.

Nadiya Nisaa luah rasa syukur atas kelahiran Aminah Rose 

PELAKON Nadiya Nisaa meluahkan rasa syukur dengan kelahiran bayi ketiganya yang diberi nama Aminah Rose pada 1 Januari lalu di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

Nadiya, 34, turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang berada di sisi menantikan kelahiran dan berdoa serta berzikir untuk permudahkan segala urusannya.

“Assalamualaikum semua dan syukur di atas kebesaranNya saya selamat melahirkan cahaya mata ketiga saya, Aminah Rose tanggal 1 Januari 2019 tempoh hari.

“Terima kasih dan rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama disisi menanti kelahiran dan tak putus-putus doa serta zikir untuk dipermudahkan segala urusan.

Nadiya selamat melahirkan bayi perempuan.

“Anda semua tahu betapa saya sayang dan menghargai anda,” kata Nadiya menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini juga berterima kasih kepada doktor Asmah Yun dan staf serta jururawat yang menjaga baik dia dan anaknya.

Selain mereka, Nadiya berasa beruntung mempunyai suami, Saiful Azman Mohd Kassim yang sentiasa sabar dan memberi kasih sayang tanpa batas.

Pemilik nama Nadiyatul Nisaa Kamaruddin ini meminta suaminya untuk luangkan masa dengan anak mereka iaitu Omar Saiful Razman yang cemburu dengan kehadiran orang baharu.

“Apresiasi saya juga buat Doktor Asmah Yun dan staf serta jururawat di Hospital Pusrawi kerana menjaga saya dan bayi sebaiknya.

Nadiya bersama suami dan anaknya.

“Semoga tugas murni kalian sentiasa mendapat berkat daripada Allah SWT. Buat suami tercinta, terima kasih yang tak terhingga atas kesabaran dan kasih yang tanpa batas.

“Saya beruntung sekali. Tolong luangkan masa lebih dengan Omar. Dia tengah cemburu dalam diam tu saya asyik dengan baby baru saja,” ujarnya.

Nadiya berkahwin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lapan tahun.

Sebelum ini, Nadiya pernah melalui detik menyedihkan apabila anak keduanya meninggal dunia ketika kandungannya mencecah sembilan bulan pada 2016.

Sumber: Gempak / mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending