“Wira tak didendang” – Netizen Terharu Melihat Abang Posmen Berteduh Bawah Pokok Rendang Melaksanakan Tugas

Admin yakin sekarang ni kalau boleh korang tak nak keluar rumah kan? Ya lah sekarang ni kan negara kita sedang mengalami gelombang haba, dijangkakan berlarutan sehingga akhir Mac ini.

Pernah tak terfikir macam mana dengan nasib orang yang kerjanya kena keluar dan terpaksa menghadap panas terik ni. Terharu bila melihat perkongsian daripada Jannah Othman ini.

Semoga murah rezeki pakcik dan kawan2 posmen yang lain 

Foto abang posmen ini sedang menghubungi penerima bungkusan sambil mencari ‘peluang’ untuk berteduh walaupun seketika dan diruangan bayang kecil ternyata membuatkan ramai terharu dan kagum melihat dirinya yang begitu komited dalam melaksanakan tugas.

Bagi sesiapa yang selalu merungut barangan lambat sampai, lihat gambar ini dan fikir sejenak.Memang tak mustahil pun netizen kagum dengan dia termasuklah admin sendiri.

“Bahangnya menaiki motorsikal ketika ini sampai pakcik posmen ni terpaksa berteduh di bawah pokok sambil menelefon ‘customer’ untuk menghantar ‘parcel’.

.

Terima kasih pakcik posmen. .

Semoga murah rezeki pakcik dan kawan2 posmen yang lain .. .

.

P/S: Sedih tengok muka ayah2 hantar surat”

Buktinya, gambar ini telah meraih lebih daripada 6,000 perkongsian sejak ia dimuat naik Jumaat lepas.

Masing-masing terharu dan mendoakan agar pekerja posmen ini dilimpahi rezeki berkat daripada komitmen yang diberikan.

Ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka ketika berhadapan dengan posmen dalam situasi yang lebih kurang sama. Malah mereka juga ada labelkan abang posmen ini sebagai unsung heroes.

 

Wira tak didendang – Netizen

 

Bagi sesiapa yang selalu merungut barangan lambat sampai tumungkin mereka tengah struggle nak hantar barang kita sampai disebalik korang yang cri tulang dalam office sibuk shopping online sambil goyang kaki dalam aircond, lepas tu barang lambat sampai nak maki, harap lepas ni fahamilah posmen dan mereka yang buat kerja penghantaran ni.

Sumber: lobakmerah via menujukebenaran

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply