Bakal bersalin anak pertama, suami hadiahkan Anzalna Nasir kereta mewah?

Minggu lalu pelakon, Anzalna Nasir menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu bapanya sebagai tanda penghargaan sempena meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan dengan suami, Hanif Zaki.

Terbaru, pelakon drama Dendam Aurora itu dikatakan mendapat kejutan daripada suaminya yang menghadiahkan sebuah kereta mewah Maserati dengan dikongsi di laman sosial Instagram.

“Kerana kejutan adalah lebih baik daripada janji,” tulis ahli perniagaan tersebut.

“Kereta impian & lelaki impian saya. Mimpi jadi kenyataan.” – Anzalna Nasir

Gambar berkenaan mendapat perhatian netizen untuk memberikan pelbagai komen yang rata-rata berdoa agar pasangan bahagia itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir bernikah dengan suaminya pada Januari 2016 dan kini sedang hamil anak pertama berusia enam bulan.

Sumber : Hanif Zaki via makcikbawang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply