Menerusi Instagram, Wawa Zainal tidak ketinggalan berkongsi moments indah ketika bercuti bersama suami di Turki. Namun, selain foto bersama Aeril, Wawa juga berkongsi foto bersama wanita-wanita Turki yang kelihatan sangat cantik.
Malah, Wawa juga memuji kecantikan wanita tersebut yang mana juga dipuji oleh netizen yang mengatakan kecantikan mereka sememangnya berbeza.
Di ruangan komen, rata-ratanya juga meninggalkan komen pujian buat Wawa yang juga seorang selebriti Malaysia cantik apatah lagi dia seorang yang berhijab yang membuatkan ramai menyukai penampilannya.
Ingat adik beradik wawa tadi ikut sekali…
muka Wawa pon mcam orang turki…
Ingatkan Aeril bercuti dengan family wawa bawak adek2,,,
Wanita dari Turki juga dikatakan cantik original yang tidak perlu mencukur keningnya untuk tambah cantik dan kerana itulah, bagi netizen kecantikan mereka sememangnya berbeza.
[VIDEO] “Bapak Berat”- Bercuti Di Turkey, Gelagat Wawa ‘Lompat Arah’ Aeril Cuit Hati Ramai!
Pasangan sama cantik, sama padan ini sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kali ini bercuti di Turkey bersama.
Pastinya, mereka tidak ketinggalan berkongsi foto ketika berada di sana malah foto tersebut juga mencuri perhatian netizen apabila Wawa kelihatan sangat cantik malah Aeril juga dikatakan seperti iras Wolverine.
Bahagia bersama!
Sama cantik, sama padan
Malah, video Wawa melompat ke arahnya itu juga membuatkan netizen terhibur apabila Aeril menulis kapsyen ‘bapak berat’ sehingga video tersebut meraih lebih 400 ribu tontonan.
Di ruangan komen, netizen menganggap gurauan Aeril itu satu yang ‘sweet’ bagi mereka apatah lagi Aeril dan Wawa juga diantara pasangan selebriti yang sering menjadi perhatian peminat yang menyukai sikap romantik mereka berdua.
Sumber: IG Wawa via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia
Leave a Reply