Connect with us

Hiburan

Saya Kembali Ke Tempat Yang Kita Pernah Pergi Dulu, Kali Ini Tanpa Awak..

Published

on

Sejak akhir-akhir ini, isu suami curang terhadap isteri meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga semakin banyak dikongsikan di laman-laman sosial. Hal ini menyebabkan golongan wanita meletakkan penanda aras tentang tahap kesetiaan golongan lelaki pada masa kini.

Namun berbeza bagi guru Bahasa Inggeris, Kamal Effendi, kerana telah menjadi bukti masih ada lagi suami yang setia, meskipun isteri yang dicintai dan disayangi telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.

Of course I went back to every place we have been to, except I came back on my own without you. St. Katharine Pier was one of them.

Things changed — the day when I came with you it rained. Maybe the sun and the sky decided to mourn early upon your farewell than I do.

When I came back on my own — the sun and the sky greeted gloriously as if they were proud that I showed up.

My greatest achievement has always been you. Rain or sunshine, with you or without you — I will always show up. I keep my promise alright that I stay strong and I will never give up. Much love from afar ♥️

Sudah semestinya saya ada pergi ke setiap tempat yang kita pernah pergi bersama dulu, cumanya kali ini saya datang tanpa awak. St. Katherine Pier adalah salah satu daripada tempat-tempat itu. Keadaan dah berubah. Masa saya datang dengan awak dulu, sini hujan. Mungkin matahari dengan langit berkabung lebih awal dari pemergiaan awak. Bila saya datang sendiri, matahari dan langit menyambut saya dengan indahnya, seolah-olah bangga yang saya kembali ke sana. Ternyata pencapaian terhebat saya adalah kamu. Panas atau hujan, dengan atau tanpa awak , saya akan sentiasa datang. Saya simpan janji untuk terus kuat dan takkan menyerah kalah. Salam sayang dari jauh.

Menerusi Instagram Kamal, dia memuat naik satu foto mengenai percutiannya ke St. Katharine Pier. Foto yang dimuat naik olehnya itu mencuri tumpuan netizen apabila kapsyen yang ditulis seolah-olah menceritakan betapa rindunya si suami terhadap isterinya dan kuatnya seorang lelaki menempuhi kehidupan tanpa seorang wanita yang dicintai berada di sisi.

Antara foto-foto yang berjaya dirakam olehnya semasa bersama isteri tercinta.

Rata-rata netizen, sangat kagum dan bangga terhadap guru berkenaan kerana masih setia dan mencintai isterinya walaupun sudah 3 tahun isterinya telah pergi menghadap ilahi.

Isteri Kamal iaitu Dr Nik Idzni Dalila menlnggal dunia pada 27 Disember 2016 kerana disahkan menghidap k4nser karsinoma sel renal iaitu k4nser buah pinggang sejak 2012.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Kamal Effendi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending