
Selepas heboh media Indonesia yang membuat liputan mengenai majlis pernikahan penyanyi Syahrini bersama Reino Barack yang cukup eksklusif di Tokyo, Jepun, mata peminat turut tertumpu kepada penampilan penyanyi wanita berkenaan.
Syahrini yang sinonim dengan gaya anggun dan eksklusif, tentunya mengenakan persalinan yang bukan biasa-biasa rekaannya, apatah lagi pada hari yang cukup bermakna di dalam hidupnya.
Saat menerima lamaran si suami, penyanyi lagu Seperti Itu? mengenakan baju kebaya moden ilham Danny Satriadi yang cukup menawan, lengkap dengan detailing angsa yang di bahagian belakangnya.
Pereka yang sedia dikenali mempunyai hubungan baik dengan Syahrini turut melengkapi rekaan dengan belt serta perincian yang direka seakan-akan betuk berlian.
Sungguh…kebaya dalam rona pastel merah jambu itu tampak elegan, sebagaimana beberapa foto yang dikongsikan pereka berkenaan menerusi Instagramnya!
“Congratulations Beautiful!” – Ucapan Paris Hilton Buat Syahrini
Selebriti ternama dunia, Paris Hilton tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini yang melangsungkan pernikahan dengan usahawan, Reino Barack di Jepun minggu lalu.
“Congratulations beautiful!!!” itu komen yang ditulis Paris Hilton seraya menyematkan tanda cinta dalam ruangan komen di laman Instagram @princessyahrini.
Persahabatan yang terjalin antara Syahrini dan Paris Hilton sememangnya bukan rahsia lagi.
Kedua-dua mereka juga pernah bercuti bersama di pulau peranginan Bali, Indonesia.
Selain Paris Hilton, ramai rakan artis Indonesia turut berkongsi kegembiraan pernikahan Syahrini dan Reino.
Pada Ahad, Syahrini buat pertama kali berkongsi foto pernikahannya dengan Reino selepas pasangan berkenaan disatukan sebagai suami isteri pada 27 Februari di Masjid Tokyo Camii, Jepun.
VIDEO :
Sumber : Media Hiburan via Gempak
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Leave a Reply