“Selamat tinggal… sumpah banyak giler dugaan selama saya menjaga awak” – Kamal Adli

PELAKON Kamal Adli terpaksa menjual motor kesayangannya selepas melalui pelbagai dugaan ketika lebih tiga tahun membeli motor tersebut.

Kamal berkata, motor tersebut pernah kemal4ngan beberapa kali dan hilang dicvri oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Selamat tinggal… sumpah banyak gila dugaan selama saya menjaga awak (motor). Kemalangan orang lain buat hingga tersadai di bengkel selama dua tahun.

“Saya baiki semula dengan harga yang mahal tapi sayang punya fasal. Lepas elok… kemalangan pula dengan saya dan terpaksa dibaiki lagi.

“Kemudian dah elok kene curi pula dengan orang jahat, lepas tu polis jumpa balik awak simpan di balai setahun sebab macam putus asa,” ujarnya di Instagram.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

my last ride with my black baby? good bye baby.. sumpah banyak gilaaa dugaan selama sy menjaga awak.. excident orang lain buat.. sadai bengkel 2 tahun..sy repair balik awak mahal nok harem.. tp syg pnya pasal repair jgk.. lepas elok, tiba2 excident pulak bersama saya.. alhamdulillah minor injury ja.. repair balik awak sebab syg.. dah elok kene curi pulak ngn org jahat.. lepas tu polis jumpa balik awak (tq polis diraja malaysia) simpan kt balai setahun sebab mcm give up.. tp amik jgk kat balai repair lagi sekali n its time utk lepas kan awak kt org yg lebih baik n bertanggungjawab.. tqq my black babyy ? tolong jgn lupakan sy.. igt moment kita time jatuh tu okk.. #moveon #motorkugirlfriendku

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Kamal Adli jual motorsikal kepada individu bertanggunjawab.

Motosikal berkuasa tinggi jenis Aprilia Shiver itu pernah dilaporkan hilang pada 26 Oktober 2017.

Kamal berkata, sekarang merupakan masa terbaik untuk dia menjual motor tersebut kepada orang yang lebih bertanggungjawab.

“Lepas ambil di balai kena baiki lagi sekali dan ini masa terbaik untuk lepaskan awak kepada orang yang lebih baik. Terima kasih atas segalanya,” ujarnya.

Kamal Adli kembali solo

KETIKA gambar-gambar  pelakon Emma Maembong dan Syed Abdullah tersebar di internet, timbul tanda tanya mengenai status hubungan cintanya yang pernah terjalin bersama aktor Kamal Adli.

Tentu sahaja melihat Emma bersama abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini, pasti ramai yang beranggapan hubungan cinta antara Emma dan Kamal telah lama berakhir.

Tambahan pula, baik Emma mahupun Kamal, masing-masing tidak pernah mengumumkan secara terbuka berkenaan status sebenar hubungan mereka.

Justeru, pertemuan bersama Kamal pada sidang akhbar Anugerah MeleTOP 2019 yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini, merungkai banyak perkara. Pelakon drama Jika Masih Ada Rindu itu pula tidak loket berkongsi suara hari.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

siapa suka color putih? nampakk suci kannn hahahah ? with 2 hot girl ?? tq sebab sabar dengan ku! ahahah #setelahterlafaznyaakad

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, dia sendiri kurang pasti mengenai status hubungannya dengan Emma sebelum ini.

Namun, secara ringkasnya, lelaki berusia 33 tahun itu mengaku, telah kembali solo dan enggan masuk campur dengan hubungan cinta baharu Emma bersama Syed Abdullah.

KOSMO!: Kamal, apakah status sebenar hubungan anda dengan Emma? Bilakah anda putus dengannya?

KAMAL: Sejujurnya, saya sendiri sukar untuk memberikan penjelasan memandangkan hubungan cinta saya dengan Emma ada pasang dan surut. Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, walaupun saya sudah kembali solo, saya dan Emma masih berhubung secara baik.

Adakah anda terkejut apabila gambar-gambar intim Emma bersama Syed Abdullah tular?

Saya sebenarnya lebih terkejut bagaimana gambar-gambar tersebut boleh tersebar. Saya sendiri tertanya-tanya, apakah punca sebenar dan siapakah yang menyebarkan. Apa pun, penyebaran gambar sebegini merupakan perkara yang sangat tidak bagus. Saya rasa, apabila perkara sebegini berlaku, karier dalam bidang seni pasti terjejas.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

left ke right? ? #10yearchallenge #toolate

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Adakah nasihat anda untuk Emma?

Nasihat ini, saya tujukan untuk saya dan juga semua orang. Benar, semua orang melakukan kesilapan. Cuma, kesilapan Emma kali ini agak berat untuk dilalui. Saya tidak mahu campur tangan memandangkan saya orang luar. Saya cuma berharap agar dia berada dalam keadaan baik.

Keadaan Emma boleh diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas gambar-gambar intim tersebar, dia mencetuskan kontroversi apabila mengambil keputusan untuk membuka tudung. Sebagai orang yang pernah rapat dengannya, adakah anda ada bercakap dengan Emma tentang hal tersebut?

Saya tidak menghubunginya. Cuma, saya ada bertanya kepada orang yang rapat dengannya. Kalau boleh, saya tidak mahu nampak kelihatan seperti terlalu sibuk dengan hal orang lain, lagi pun kami sudah tidak mempunyai sebarang hubungan. Cukuplah sekadar saya meninggalkan komen positif pada salah satu gambarnya di Instagram.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

ok saya sweet ! i know ? ahahahaha #setelahterlafaznyaakad

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Anda telah beberapa kali gagal dalam percintaan. Adakah anda mengambil pendekatan untuk tidak memikirkan soal cinta dalam masa terdekat?

Benar, mungkin saya patut berehat seketika daripada memikirkan soal cinta dan menumpukan perhatian pada karier dan keluarga.

Barangkali Allah juga belum mengizinkan saya berumah tangga agar saya dapat bekerja dengan lebih keras dan memperbaiki diri. Saya serahkan semuanya kepada Allah.

Boleh kongsikan tentang perkembangan terkini?

Buat masa ini, saya sedang menjalani penggambaran bagi drama bersiri terbaharu berjudul Setelah Terlafaznya Akad bersama Uqasha Senrose. Saya dan Uqasha turut membintangi sebuah telefilem berjudul Boyfriend Ku Dari… yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

VIDEO :

Sumber  : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Be the first to comment

Leave a Reply