
Tiada yang mampu membaiki mood kita dengan cepat melainkan dengan melihat aksi lucu haiwan yang dibela. Sungguh mengasyikkan! Baru-baru ini, terdapat satu video yang tersebar di internet di mana ia berjaya menarik hati mereka yang melihatnya.
Video itu menunjukkan ‘bintang’ kecil berbulu yang mempunyai aura yang cukup hebat dan berbakat, serta lucu juga.
Inilah ‘bintang’ berkenaan, iaitu Martha, iaitu seekor kuda mini yang menghidap ‘dwarfism’, ataupun kerdil. Martha mahu membuktikan pada dunia bahawa walaupun dirinya kecil, tetapi masih cukup berkuasa.
Martha dilahirkan dengan keadaan kesihatan sebegini termasuklah kaki depannya yang berpusing. Namun, kini Martha hidup gembira di sebuah organisasi R&R Ranch, terletak di Chesterfield, Missouri, di mana di sana disediakan tempat perlindungan buat kuda mini.
Organisasi itu menyelamatkan Martha daripada seorang peternak Iowa yang menjualnya pada bulan Januari. Ketika itu Martha baru berusia 3 bulan, mengalami ketakutan, dan tubuhnya dipenuhi dengan kutu.
Tetapi dengan antibiotik dan penjagaan daripada manusia serta bantuan anjing di ladang, keadaan Martha mula berubah menjadi lebih baik. Kemudian keperibadiannya mula bersinar.
Walaupun berdepan dengan cabaran berbentuk fizikal, Martha jelas gembira dengan kehidupannya. Martha suka membuat pergerakan ‘prance’ dan juga tahu mengikut pergerakan Micheal Jackson!
Mereka yang menjaga Martha baru-baru ini ternampak Martha menunjukkan bakatnya lalu memutuskan untuk merakamkannya. Pada 25 Februari lalu, organisasi tersebut memuat naik rakaman itu di laman Instagram.
Menerusi video itu, Martha dilihat berjalan melalui kandang kuda, berpaling, dan seakan-akan menagih perhatian untuk aksinya dirakam. Mereka yang melihat aksinya itu lalu tertawa
Dengan tidak memandang kamera, Martha mula membuat tarian ‘moonwalk’ versinya
Martha dengan segera menjadi sensasi internet! Ramai yang telah jatuh hati setelah menyaksikan aksinya
Organisasi tersebut berharap agar perhatian yang diberikan oleh orang ramai dapatlah menyebarkan kesedaran tentang kuda mini yang sering dijadikan objek dan mainan manusia. Matlamat mereka adalah untuk mendidik orang awam tentang penjagaan yang betul terhadap kuda mini ini.
Tonton gelagat comelnya itu dalam video di bawah:
Sumber: InspireMore, R&R Ranch|Instagram via Erabaru
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia
Leave a Reply