Ayah Ini Hanya Lihat Anaknya Makan, Tiba Tiba Kelihatan Seorang Wanita Menghampiri Dan Beri Sesuatu Yang Buat Ayah Ini Terkejut

Tidak perlu duit banyak sebenarnya untuk menolong orang. Tolak tepi bangsa dan agama tetapi fikirkan pasal perikemanusiaan.

Video Disediakan di bawah artikel

Apa yang kita buat sebenarnya melambangkan karakter diri kita sendiri. Apa yang kita rasa bila nampak ada seseorang yang lebih susah dari kita.

Selalu kita merungut hidup kita susah, hidup kita tidak sempurna tetapi terfikirkah anda bahawa ada yang lebih susah dan ada yang lebih kurang sempurna dari kita?

Kisah dibawah ini dipetik dari laman Facebook Sharel Al – Hafiz. Video ini menunjukkan apa yang patut kita lakukan sebagai seorang manusia.

Seorang wanita sedang menjamu selera bersama keluarganya di sebuah kedai makan…

Terdapat seorang lelaki bersama seorang anak kecil di meja bersebelahan..

Wanita tersebut mendapati lelaki tersebut hanya memesan 1 set makanan sahaja sedangkan dia bersama seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel..

Dia berfikir, jika hanya satu set makanan pastinya hanya untuk anak kecil tersebut.

Jika begitu lelaki tersebut mungkin tidak mempunyai duit yang cukup untuk memesan dua set makanan.

Mungkin untuk memenuhi permintaan si anak kecil itu..

Pastinya dia berlapar demi memenuhi permintaan si anak kecil tersebut..

Tanpa berfikir panjang, wanita tersebut membuat pesanan untuk mereka berdua dengan memesan dua set makanan.

Dia ingin mereka sama-sama menikmati makanan dengan rasa gembira.

Setelah membayar makanan tersebut, dia memberi layanan seperti keluarga sendiri walaupun mereka saling tidak mengenali………..

“Tidak akan jatuh miskin jika kita bersedekah”

Mari lihat video tersebut ..

Kisah ini bukan berlaku di dalam Malaysia tetapi tidak kira berlaku dimana sebenarnya. Kisah ini patut dijadikan pengajaran untuk kita semua. Jika kita nampak ada orang susah kita bantulah, samada dengan RM1 atau dengan belikan makanan sudah memadai. Ikut keikhlasan anda.

Anda harus tahu, tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Insyallah, moga semua pembaca dimurahkan rezeki.

Sumber : KLVIral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply