Billy Timang Cahaya Mata Kedua, Netizen Puji Kecantikan Isteri Walaupun Selepas Bersalin

Anggota kumpulan duo Billy Zulkarnain, Sheikh Ahmad Rabily Sheikh Abdul Rahman selamat menimang cahaya mata kedua semalam (6 Mac).

Bayi lelaki itu dilahirkan pada pukul 11.05 pagi di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

“Alhamdulillah, 6th March 2019, my wife Hani has safely delivered a baby boy at 11:05 am at Prince Court Medical Centre.

“Both Mommy and Baby are doing well. Thank you for all the prayers. Welcome to the world son,” tulisnya menerusi entri di Instagram.

Dalam pada itu, bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu turut mendedahkan wajah anak keduanya itu kepada umum.

Selain memuji kecomelan wajah bayi kedua Billy, netizen turut tertarik isterinya, Hanie Faziera yang masih kelihatan anggun biarpun selepas bersalin.

“Tahniah..mummy maintain cantek..Selamat berpantang,” tulis salah seorang pengguna.

Billy dan Hanie Faziera telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Alexander, 3

Sumber:gempak

Biodata Billy Zulkarnain, Peserta Gegar Vaganza 5 (2018)

Biodata Nine

Nama penuh: Meor Zulkarnain bin Mohd Zamhuri

Nama pentas: Nine

Tarikh lahir: 9 September 1982

Umur: 36 tahun

Tempat lahir: Middlesex Hospital, Westminster, London

Kampung asal: Kedah

Pendidikan: Universiti Malaya

Media sosial: Instagram @billyzulkarnainofficialdan Instagram @nine.mike

Biodata Billy

Nama penuh: Sheikh Ahmad Rabilly bin Sheikh Abdul Rahman

Nama pentas: Billy

Tarikh lahir: 28 Julai 1977

Umur: 41 tahun

Tempat lahir: Kampong Kuantan, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia

Media sosial: Instagram @billyzulkarnainofficialdan Instagram @billyrabilyalmahrus

Fakta Menarik

1. Billy dan Nine asalnya adalah penyanyi utama kumpulan Phyne Ballerz yang juga merupakan artis rakaman KRU Records.

2. Kumpulan itu dianggotai empat anak muda, selain Billy dan Nine ialah Abdul Munir bin Hj Awang atau Munir, dan Mohd Aszerul bin Nizam atau Beego.

3. Antara lagu popular Phyne Ballerz seperti Vida, Hasrat, Jangan Pisahkan, Monte Carlo dan Kawan Makan Kawan.

4. Mereka pernah muncul dengan dua buah album studio iaitu Monte Carlo (2002) dan Phyne Ballerz (2003).

5. Namun Phyne Ballerz akhirnya terkubur pada tahun 2004 dan digantikan dengan penubuhan kumpulan duo Billy Zulkarnain pada tahun 2005, dianggotai Billy dan Nine sahaja.

6. Album sulung mereka yang berkonsepkan genre Pop R&B terbitan KRU Records, berjudul Billy Zulkarnain.

7. Antara lagu hits gandingan duo ini seperti Hati Terluka, Talian Terputus dan Kembali Lagi.

8. Bagaimanapun pada akhir 2005 album mereka tidak begitu berjaya hingga hanya mampu bertahan selama setahun sahaja.

9. Nine pula mengorak langkah menyertai uji bakat rancangan realiti nyanyian terbitan 8TV iaitu One In A Million musim pertama (OIAM) pada 26 Mei 2006.

10. Kemudiannya, Nine menganggotai kumpulan Ruffedge pada Ogos 2007.

11. Begitupun, Ruffedge pula hilang arah dalam tempoh tidak sampai setahun kerana syarikat rakaman yang dinaungi mereka tiba-tiba ditutup.

12. Nine terus mencuba nasib dalam dunia seni dengan membuat kemunculan semula pada akhir tahun 2015 menerusi single solo ‘Hilang Selamanya’ ciptaan komposer Archie Nasution dan lirik oleh beliau sendiri, di bawah syarikat pengurusan Angsana Music.

13. Kehadirannya mendapat sokongan penuh rakan artis seperti Anuar Zain dan Shawn Rivera (penyanyi kumpulan Az Yet).

14. Pada September 2018, gandingan duo Billy Zulkarnain kembali sekali lagi menyemarakkan industri hiburan tanah air selepas terpilih untuk menyertai pertandingan realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima. Mereka kini bergelar finalis konsert akhir, bersaing dengan Zamani, Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila dan Maya.

Sumber:iluminasi via menejukebenaran

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply