Connect with us

Hiburan

“Kalau Lebih 5k Retweet Saya Kahwin Dengan Best Friend Saya Ni..” “Lah Senang Je Nak Kahwin Rupanya. Tak Perlu Cinta, Harta. Cukup 5k RT Aku Kahwin Tahun Ni!”

Published

on

Seorang gadis dikecam teruk oleh para netizen dan wara Twitter apabila menjadikan jumlah ‘retweet’ sebagai ukuran untuk berkahwin dengan seorang lelaki. Para netizen ternyata tak boleh menerima dan terus mengecam serta ada yang menyindir tindakan gadis tersebut yang disifatkan sebagai kurang matang dalam soal perkahwinan.

Gadis berkenaan yang dikenali sebagai Bazilah Mohammad berusia 19 tahun, memberitahu bahawa dia mempunyai alasan tersendiri apabila berbuat demikian. Melalu laporan dari portal mStar, kata Bazilah, posting tersebut dibuat sebagai memberi bayangan kepada orang lain mengenai hubungan istimewanya dengan seorang lelaki bernama Muhammad Asyraf Zulkifli yang juga kawan baiknya.

Ini penjelasan Bazilah:

“Kami best friend jadi tak ada siapa tahu mengenai hubungan kami kecuali keluarga saya dan beberapa adik-beradik Muhammad Asyraf yang lain. Tweet tu sekadar nak bagi hint sedikit dekat orang lain, tak naklah nanti mereka terkejut kenapa kami tiba-tiba kahwin. “Elok-elok jadi best friend tiba-tiba cakap nak kahwin… kahwin pula mengejut. Perspektif orang ramai berbeza jadi kami ambil jalan alternatif dengan buat tweet tu”

Ini tweetnya yang viral itu:

Bazilah yang berasal dari Machang, Kelantan menegaskan posting di Twitternya pada 15 Oktober lalu itu bukanlah satu gurauan. Malah, dia dan Muhammad Asyraf sememangnya merancang untuk menghalalkan hubungan mereka dalam masa terdekat. Ditanya tentang jumlah retweet yang sudah melebih 8,000, Bazilah berkata respon netizen itu membuatkan kedua-duanya semakin bersemangat untuk membincangkan hal perkahwinan mereka dengan lebih serius.

Ini jelasnya lagi:

“Tweet tu bukan untuk bergurau. Kami betul-betul serius dan memang merancang nak kahwin dalam masa terdekat. Apa pun perancangan Allah lebih baik. Andai dia ditakdirkan untuk saya, saya terima dia seadanya. Restu keluarga juga kami utamakan. Doakan yang terbaik untuk kami dan semoga Allah berkati hubungan kami”

“Pada awalnya saya buat tweet tu untuk suka-suka… ingatkan tak ada sambutan. Tengok-tengok dah lebih 5,000 retweet, memang tak sangka sangat. Memandangkan kami sudah merancang nak kahwin, tweet itu jadikan kami lebih bersemangat untuk mencari tarikh yang sesuai bagi menyatukan hubungan kami ini”

Tentang kecaman teruk dari netizen yang tajk setuju dengan tindakannya menggunakan retweet dalam soal perkahwinan, Bazilah berkata dia tetap percaya jodoh, ajal dan maut di tangan Allah. “Saya ambil positif teguran netizen untuk perbaiki diri saya. Kecaman timbul apabila saya kata jodoh di tangan Twitterians sebab

Twitter menggunakan sistem retweet tapi saya masih berpegang teguh pada agama. “Walaupun saya dah buat solat istikarah, tweet tu sebagai satu back up kepada diri saya. Sebab kadang-kadang jawapan Allah bagi dalam pelbagai cara, jadi tak peliklah kalau melalui retweet itu Allah jawab persoalan saya”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Sumber

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Trending