Pasangan suami isteri China-Malaysia ini asalnya berkenalan menerusi Friendster, dan kini bahagia bersama

Selari dengan arus permodenan kini, internet menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh diakses di hujung jari. Hal ini termasuklah berkenalan dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Seperti pasangan ini, di mana salah seorang berasal dari China dan seorang lagi merupakan warga Malaysia.

Yang Xiaotong berusia 28 tahun merupakan seorang pelajar dari China dan menuntut di Malaysia. Dia kemudian berkenalan dengan Shakolin, seorang warga Malaysia yang menuntut di Syria pada 10 tahun yang lalu menerusi laman sosial media, Friendster.

China Press

Selepas setahun, Shakolin pulang dari Syria ke Malaysia dan mreeka berdua bertemu untuk pertama kalinya. Hubungan mereka kemudian menjadi lebih serius ekoran rasa cinta yang terbit di hati kedua-duanya.

Walaupun berbeza negara dan budaya, hubungan mereka bertambah erat dan 4 tahun kemudian, mereka telah berkahwin. Sehingga kini, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang menjadi pelengkap kehidupan mereka.

China Press

Mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris namun beberapa tahun kebelakangan ini, Yang mengajar Shakolin bahasa Cina, begitu juga dengan Shakolin yang turut mengajar bahasa Melayu kepada isterinya.

Walaupun mereka tidak mempunyai masalah komunikasi, namun Shakolin mempunyai pengalaman lucu berkaitan dengan bahasa Cinanya.

Ketika pasangan itu pulang ke China, ibu Yang bertanya pada Shakolin, “Bagaimanakah cuaca di Malaysia?” dan dengan yakin, Shakolin menjawab, “Kebelakangan ini hujan kerap turun. Tetapi, Shakolin tersilap menyebut hujan (yu) sebagai minyak (you). Jika diterjemahkan jawapan Shakolin, “Kebelakangan ini minyak kerap turun”. Lucunya!

China Press

Sejurus sahaja Yang bergraduasi, mereka bertunang dan majlis perkahwinan mereka diadakan di Malaysia dan Xi’an. Keluarga Yang merupakan komuniti Muslim Hui, jadi perkahwinan mereka tidak mendapat tentangan dan semuanya berjalan dengan lancar.

Menariknya, keluarga Shakolin merupakan golongan elit, di mana bapanya merupakan bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin. Walaupun Yang tahu, namun dia tidak mempunyai minat terhadap politik.

China Press

Kini, walaupun sudah beberapa tahun mereka berkahwin, pasangan ini tetap gembira dan bahagia seperti baru sahaja berkahwin. Malah, Yang sempat memuji suaminya ketika ditemu bual.

Dia mendedahkan bahawa pernah dia bertanya mengapa Shakolin tidak keluar lepak dengan rakannya selepas pulang daripada kerja. Shakolin menjawab bahawa dia tidak menyukainya dan lebih gemar pulang dan menghabiskan masa di rumah bersama isteri dan anaknya.

Yang turut memberi penarafan sebanyak 98 mata untuk suaminya. Dia berkata bahawa baki mata sebanyak 2 lagi ditolak kerana selama ini Shakolin akan memasak sendiri ketika belajar di Syria namun setelah berkahwin, suaminya itu jarang memasak.

Sumber: China Press

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply