“Bukan Bibir Inject Tau” – Netizen Samakan Wajah Jelita Anzalna Nasir Dengan Pelakon Naagin

Seri ibu hamil semakin memancar di wajah pelakon jelita yang membintangi drama bersiri Memori Cinta Suraya, Anzalna Nasir.

Sedang sarat mengandung anak pertama, netizen sering memuji kecantikan Anzalna di laman Instagram.

My long lost sister @iamhearte sending her `HEART’ all the way from the Phillippines. Love this handbag! ❤️ Swipe left 
Makeup done by @schanooladiva bukan bibir inject tau! Dia tonyoh lipstick extra macam tonyoh cili kat bibir sampai bengkak! Hahahahahahhahhaha

 

Wajah Anzalna dikatakan mirip pelakon bollywood iaitu Mouni Roy yang membintangi siri Naagin ini mencuri perhatian ramai netizen dan rata-ratanya memuji kecantikan yang dimiliki oleh Anzalna.

Mouni Roy memegang watak sebagai Shivanya dan juga ular jadian atau Naagin dalam siri Naagin yang disiarkan di TV3. Memang tidak dinafikan mereka berdua mempunyai wajah yang mirip terutama pada bahagian bibir.

Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta. Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dia hamil empat bulan pada awal Januari lalu.

Di ruangan komen, wajah Anzalna disamakan dengan bintang filem India popular, Mouni Roy yang membintangi siri Naagin.

muke sbijik naagin shivanya

sekali pandang mcm heroin naagin

mcm shivana dlm naagin hahahahahaa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Intagram Anzalna /mouniroy via The Ranhuma Daily/gempak

Be the first to comment

Leave a Reply