“Terpaksa Keluar Pawagam Dan Terus ke Hospital” – Zul Ariffin Mohon Maaf, Tidak Sempat Bertemu Peminat Indonesia

Pelakon, Zul Ariffin dikejarkan ke hospital dipertengahan majlis malam gala filem Misteri Dilaila yang berlangsung di Jakarta, Indonesia semalam.

Disebabkan kes kecemasan itu juga, Zul memohon maaf kepada peminat di Indonesia kerana tidak sempat bertemu mereka.

Zul memaklumkan perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Again…4x in 1 month??‍♂️

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Menurut Zul ini merupakan kali keempat dia digegaskan ke hospital dalam masa sebulan.

“Terpaksa keluar daripada pawagam dan terus ke hospital… Kepada peminat dari Jakarta yang hadir ke premiere tadi, saya tak dapat nak berjumpa dan bergambar selepas tamat film, saya minta maaf….” tulisnya.

 

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.

Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.

Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya meminta pelakon utama Misteri Dilaila itu mendapatkan rehat secukupnya terlebih dahulu selain emndoakan kesembuhannya.

Allahuakbar… semoga cepat sihat ye

MOga dipermudahkan segala urusan n cepat sembuh.

Take good care Hero. Sending you love, hugs and prayer

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram @zul_ariffin via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply