
Bagi 4 selebriti ini, tiada apa yang mampu diberikan untuk membalas jasa orang – orang tersayang mereka. Baik ibu, bapa, suami, isteri dan juga anak -anak tiada apa yang mampu diungkapkan untuk mereka.
4 Selebriti pilihan sweet nutella yang hadiahkan kereta mewah untuk pasangan hidup mereka.
1. Wawa Zainal
Aktor popular Aeril Zafrel, 30, membuat kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Wawa Zainal, 27, yang disambut pada 12 Mac lalu dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz C200 atau Merc C200.
Teraju utama drama Zahir Tak Terucap itu berkata, dia mula membuat tinjauan untuk membeli hadiah berharga hampir RM250,000 tersebut sejak Januari tahun ini di beberapa bilik pameran jenama kereta buatan Jerman berkenaan.
“Memang harganya amat mahal, tetapi amat berbaloi dijadikan hadiah bagi menghargai kehebatan prestasi jentera keluaran jenama itu, seiring dengan kredibiliti kepimpinan Wawa yang merupakan pengemudi keluarga saya.
“Ini bukanlah sekadar hadiah, malah tanda penghargaan buat Wawa kerana telah menjalankan peranan sebaik mungkin sebagai isteri dalam menguruskan rumah tangga kami yang dibina sejak 2012.
“Bukan itu sahaja, Wawa juga banyak berkorban demi menunaikan tanggungjawabnya selaku ibu kepada dua orang cahaya mata kami berserta curahan kasih sayang secukupnya,” kata Aeril kepada
2. Achey
“Asyik saya sahaja yang dapat apa diingini, kenapa tidak pada sambutan hari lahirnya, saya pula hadiahkan sesuatu yang istimewa buat isteri?
“Sebelum ini, jika saya mahu motosikal atau jam, semua hajat itu dapat saya penuhi. Lagipun, bukan selalu dan apa saya berikan kepadanya sebagai lambang kasih sayang terhadapnya kerana dia bukan isteri yang suka meminta-minta,” kata Achey.
Nama pelawak dan penyanyi itu hangat diperkatakan, baru-baru ini apabila menghadiahkan kereta mewah sempena ulang tahun ke-28 isterinya, Nor Hasanah Yahaya pada 21 April lalu. Achey turut berkongsi kegembiraan itu di laman Instagramnya.
Achey berkata, hadiah itu diberikan sebagai menghargai kasih sayang dan pengorbanan isterinya selama enam tahun mereka mendirikan rumah tangga.
“Sebenarnya harganya tidak mahal seperti yang disangka ramai kerana ia kereta terpakai. Kereta itu dikeluarkan pada tahun 2009.
“Cuma, untuk membangkitkan ‘mood’ mewah itu, saya cat semula dan perbaiki serba sedikit supaya nampak baharu,” katanya.
Tambah Achey yang turut dikenali menerusi lagu Yang Terindah, kereta itu bukan dibelinya secara tunai kerana dia masih perlu membayar ansuran bulanan.
“Saya kumpul duit hasil kerja seni dan perniagaan sejak tahun 2013. Selepas lima tahun, baru saya dapat belikan hadiah ini kepadanya. Itupun bukan secara tunai kerana saya masih berhutang,” katanya.
3. Khai
Bintang Akademi Fantasia (AF) musim pertama, Khai tidak menyangka kejutan menghadiahkan kereta mewah, Audi TT untuk isterinya, Rosma yang dikongsi di laman sosial, menjadi viral.
Khai atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Mohamad, 38, memberitahu, status itu dimuat naik secara spontan kerana teruja dapat menunaikan impian Rosma sejak tujuh tahun lalu.
“Rosma sudah lama mengidam memiliki kereta Audi TT. Setiap kali terserempak di jalan raya, pasti dia tegur. Saya rasa bertanggungjawab untuk menunaikan hasratnya itu.
“Namun, tidak sangka pula perkongsian itu menjadi viral sekelip mata. Rosma menitiskan air mata kerana tidak menyangka menerima hadiah kereta idamannya,” katanya kepada BH Online.
Khai bagaimanapun berharap peminat tidak salah faham atau menyangka dirinya menunjuk-nunjuk.
“Elemen riak atau menunjuk-nunjuk tak wujud. Saya bersyukur kerana selepas tujuh tahun, saya berjaya membelikan hadiah itu,” katanya.
Ditemui pada konsert homecoming AF Megastar di Royal Theater, di sini, malam tadi, Khai mengulas mengenai keputusannya enggan menyertai program itu.
“Dari awal lagi saya tidak mahu turut serta. Biarlah rakan seangkatan yang mempunyai vokal hebat namun tidak diberi ruang untuk membuktikan kebolehan mereka menyertainya,” katanya.
4. Amar Baharin
Biarpun sedar pengorbanan isteri melahirkan si kecil tak ternilai dengan harta benda, pelakon Amar Baharin, 32, menghadiahkan kereta buat Amyra Rosli, semalam.
Amar memberitahu, tanda penghargaan ke atas pengorbanan Amyra yang hamil sembilan bulan dan melahirkan putera sulung mereka, Ahad lalu, dia membeli kereta baharu buat isteri tersayang.
“Apalah sangat hadiah tak seberapa ini dibandingkan dengan pengorbanan isteri sepanjang sembilan bulan ini.
“Hendak bawa bercuti ke tempat-tempat mahal tak mampu, jadi saya beri hadiah kereta yang boleh digunakan bertahun-tahun,” katanya kepada BH Online.
Amyra selamat melahirkan putera sulung hasil perkongsian hidup dengan Amar di Pusat Perubatan Prince Court di sini, Ahad lalu.
Ditanya pengalaman sebagai ayah, Amar teruja menguruskan keperluan bayinya dan bersyukur permata hatinya tidak banyak ragam.
“Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan anak yang sempurna, sihat dan comel.
“Paling kami bersyukur, anak saya ‘good boy’… Tak banyak ragam,” katanya.
Sumber: utusan, mstar, bharian
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply