
DAVID dan isteri, Victoria Beckham baru sahaja bergelar billionaire.
Pasangan itu menepati ramalan bahawa Brand Beckham membuatkan mereka memperoleh berbilion dolar dengan akaun menunjukkan perkembangan perniagaan bersamaan £700 juta (RM3.72 bilion).
Footwork Productions yang merupakan pendapatan David berkaitan dengan bola sepak mencatatkan perolehan £208.3 juta (RM1.1 bilion).
Beckham Brand Holdings, yang turut melibatkan perjanjian penajaan menyaksikan perolehan £260.8 juta (RM1.39 bilion).
Sementara itu, DB Ventures Ltd memperoleh keuntungan £90 juta (RM478.76 juta).
Victoria Beckham Ltd, akaun bagi perniagaan fesyennya pula mencatatkan nilai bersih £100 juta (RM532 juta).
Malah, sebanyak £10 juta (RM53 juta) daripada Moody Productions, yang diperoleh daripada waktu Victoria bergelar Posh semasa menyertai kumpulan Spice Girls.
Beckh turut memperoleh jutaan pound dan Victoria yang membuat kemunculan semula dan jualan katalog terus mencatatkan hasil.
Pasangan itu yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-20 pada Julai ini turut mempunyai hartanah termasuk £35.1 juta (RM187 juta) di West London.
David mempunyai beberapa tawaran yang menguntungkan bersama Samsung, Adidas, Pepsi, H & M dan banyak lagi. Dia juga mempunyai jenama wiski sendiri.
Individu di sebalik penubuhan Spice Girls, Simon Fuller meramalkan kejayaan pasangan itu apabila David dan Victoria menandatangani perjanjian bersamanya pada 1995.
Dia memberitahu: Glamor Victoria dan daya tarikan David dan kehebatan mereka dalam jangka panjang mampu meraih jenama $1 billion
View this post on Instagram
View this post on Instagram
I mean come on how cute are these 2 ??♥️♥️ @brooklynbeckham #HarperSeven photo credit DAD ?
View this post on Instagram
Special family time after a super busy fashion week x ? kisses from all of us x VB
Sumber : MediaBaruMalaya
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia
Leave a Reply