Hiburan
Isteri Buka Rahsia Tiga Hari Sebelum Konsert Lan Solo

ISTERI kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim mengakui bukan mudah untuk menjadi pengarah projek untuk Lan Solo Next Level Showcase.
Sheila yang mengelar dirinya sebagai KY, 34, berkata tiga hari sebelum persembahan berlangsung dia sudah berpesan agar penyanyi itu mengikut arahannya.
Bagaimanapun, katanya, Lan secara tiba-tiba mempunyai banyak idea seolah-olah menempah makanan di kedai makan.
“Beberapa jam sebelum konsert bermula. Sudah tentu bukan mudah apabila anda menjadi pengarah projek. Tiba-tiba rasa ‘weh! Kenapa aku ambil kerja ni ha?’.
Isteri dedah bukan mudah menjadi pengarah projek showcase Lan.
“Tekanan di semua tempat. Mari saya pecahkan rahsia sikit. Tiga hari sebelum hari konsert, KY pesan siap-siap kat Lan, ‘You tolong la dengar cakap I dan ikut arahan I’.
“Jangan nak tambah segmen atau kurangkan segmen dah. KY dah tak larat nak tukar. Tah apa mimpi Lan tah, macam-macam pula idea datang. Dia tempah je, dia ingat kedai mamak? Tempah terus sampai,” katanya.
Sheila mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagramnya selepas tujuh hari showcase suaminya itu berlangsung pada 3 Mac lalu di MaTic, Kuala Lumpur.
Seramai sekitar 400 orang telah hadir memenuhi ruang dewan untuk menyaksikan persembahan lagu-lagu hit sejak zaman awal kemuculan Lan dalam industri muzik tanah air hingga ke lagu-lagu terbarunya.
Dalam pada itu, Sheila meluahkan rasa syukur mempunyai pasukan yang membantu dari segala segi memandangkan dia perlu dua kali memikirkan semua perkara.
Sheila bersyukur mempunyai pasukan yang membantunya dari segala segi.
Sheila juga berseloroh meminta suaminya membayar gaji sebanyak tiga kali ganda sekiranya perlu melakukan kerja yang sama selepas ini.
“Dia suami dalam masa sama dia artis. Semua benda kena fikir dua kali. Tapi Alhamdulillah, team sangat membantu dari segala segi.
“Selepas ini kalau nak buat lagi, saya nak minta gaji tiga kali ganda. Tak ada tiga kali ganda, aku tak buat! Saya perlukan kerja,” ujarnya.
Sheila dan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 34, berkahwin pada 6 Disember 2009.
Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 7, Nur Amna Qeesyara, 5, Muhammad Akid Qassyaff, 4 dan Nur Amna Quxandra yang kini berusia setahun.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber : Mstar
-
Hiburan2 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan6 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan6 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan6 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan6 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan6 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan5 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan6 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’