Connect with us

Hiburan

Wow! 6 Artis Yang Memiliki Rumah Mewah dan Dekorasinya yang Mantap

Published

on

Profesi sebagai selebriti atau artis memang tidak pernah jauh dari mengumpul harta dan benda mewah seperti memiliki rumah mewah. Terutama bagi artis yang sudah melebarkan sayap hingga ke peringkat antarabangsa.

Memang tidak mudah untuk menempatkan nama sebagai artis di Malaysia. Selain persaingan yang ketat, perjalanan kerjaya dari bawah harus bermula dengan susah payah. Namun akhirnya berjaya juga memiliki aset sendiri seperti rumah mahupun kondominium.

Jadi, siapa saja artis-artis Malaysia dengan kekayaan kondominum mewah serta dekorasi nya buat orang terpukau dan properti hingga mencecah jutaan ringgit Jom bersiap sedia untuk terpukau dengan 6 rumah mewah artis berikut ini:

1) Aznil Nawawi

Amboi Pak Nil.. cantiknya rumah! Dah macam istana. Pandai Datuk Aznil Haji Nawawi menghias rumah. Nampak mewah dan teratur je. Boleh dijadikan rujukan buat anda yang bakal masuk ke kediaman baru ni.

Berkongsi ruang kediaman miliknya di Instagram baru-baru ini, pengacara popular ini berkata, “Pak Nil jarang nak berkongsi isi rumah Pak Nil tapi orang berbudi kita balaslah jasa untuk sedikit sebanyak membantu perniagaan @palacealiffsyukri.

Terima kasih DS @aliffsyukriterlajaklaris atas jualan harga istimewa kepada pelanggan @palacealiffsyukri.”

2. Aliff Syukri

PETALING JAYA: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah mengimpikan hasrat untuk memiliki sebuah rumah mewah bak istana sejak usianya 23 tahun.

Menurut Aliff, 31, impian itu muncul ketika dia mengunjungi Istana Pahang semasa menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kira-kira lapan tahun lalu.

“Ketika itu saya menerima darjah kebesaran di Istana Pahang dan saya tertarik dengan kemewahan istana dan mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah mewah berkonsepkan begitu.

“Saya sedar saya hanya orang biasa dan bermula daripada situ saya menyimpan azam dan berusaha untuk mencapai impian ini.

Luas dan besar suasana dalam rumah bak istana.

“Alhamdulillah akhirnya tahun 2018, impian saya ini berjaya direalisasikan dan ia adalah hasil kerja keras saya sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Aliff ditemui semasa program jelajah media ke kediamannya dikenalii Aliff Syukri Palace di Kota Damansara, di sini pada Selasa.

Rumah dengan rekaan Royal Modern Classic itu mempunyai 30 bilik tidur termasuk surau, gim dan bilik kebal.

Ditanya mengenai kos pembinaan rumah tersebut, Aliff berkata dia lebih selesa untuk merahsiakan tentang hal itu.

3. Anzalna Nasir (Setia Sky Residences)

Kediaman mewah yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, pelakon Anzalna, menerusi laman sosial instagramnya, sering berkongsi gambar keindahan kondominum mewahnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Anzalna, rumah baru ini dilengkapi dengan kolam renang dan permandangan spektakular Kuala Lumpur yang sangat eksklusif. Kondominium mewah yang terletak berhampiran dengan KLCC ini dianggarkan berharga dalam sekitar RM500k hingga RM2.6 Juta.

4. Linda Onn

Siapa tidak kenal dengan penyampai radio Linda Onn yang pernah terkenal suatu ketika dahulu, beliau yang selesa menguruskan perniagaannya.

Linda Onn merupakan selebriti yang berjaya di dalam bidang pengacaraan dan juga deejay radio. Di samping itu, Linda Onn juga berjaya di dalam bidang perniagaannya dalam bidang restoren.

Linda Onn mempunyai restoren kedai makan nasi ayam dan asam pedas. Nama kedai makannya ialah My Mom’s Chicken Rice (Citarasa Linda Onn).

Kejayaan Linda Onn dalam bidang perniagaan membolehkannya memiliki aset rumah banglo yang amat mewah dan tersergam indah.

Ketika membeli rumah banglo ini pada tahun 2009, harganya hampir RM 3 juta dan kini harga semakin melambung tinggi , mungkin menceceh RM4-7 juta.

Jom intai beberapa sudut rumah mewah kepunyaan Linda Onn yang tidak pernah dilihat oleh peminatnya.

5. Datuk Chef Wan

Bertamu ke kediaman mewah milik the one and only Datuk Chef Wan yang terletak di Garden Residence Cyberjaya ini mencetuskan inspirasi.

Banglo tiga tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan lif menambahkan lagi keterujaan kami untuk meneroka ke segenap ruang hunian yang baharu didiami ini.

Nona bertuah kerana berpeluang untuk bertandang ke kediaman hebat milik Datuk Chef Wan semasa sesi fotografi cover edisi Ogos 2017. Keindahan rekaan interiornya begitu memukau pandangan.

Rona lembut melatari segenap ruang banglo tiga tingkat ini. Penulis cukup teruja dengan idea dekorasi yang diilhamkan sendiri olehnya. Masih terasa keempukan fabrik Baker Sofa yang dihasilkan khas dari New York bagi melengkapi ruang tamu bernuansa elegan.

6. Wawa Zainal

Untung Wawa Zainal dapat suami yang sanggup berhabis duit untuk kediaman demi keselesaan isteri dan anak-anak. Sambil berseloroh tentang rumah barunya itu, Aeril Zafrel berkata “Tips nak bagi perempuan duduk kat rumah… kita hiaskan rumah cantik-cantik. Betul ke?” Alahai, kalau rumah dah cantik macam ni… bukan isteri je yang ‘melekat’ dekat

rumah, anak-anak pun happy!

Berkongsi momen gembira itu bersama para peminat di Instagram masing-masing, kediaman tiga tingkat milik pasangan selebriti ini turut menggunakan khidmat perunding hiasan dalaman terkenal, Lentera Creative Home. Memang cantik, mewah dan elegan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : mstar, hangat & nona

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Trending