Hiburan
Isteri Mengidam Nasi Lemak AirAsia, Suami Gigih Tweet AirAsia Tanya Mana Nak Cari. Jawapan Balas AirAsia Memang Win

Wanita hamil ada macam-macam ragamnya. Antara ragam paling suami-suami kat luar sana kena tahan ialah nafsu mengidam mereka yang macam-macam. Nak makan itu, ini… kesian pulak kan!
Baru-baru ni, viral di Twitter kisah seorang suami gigih mencari nasi lemak yang dihidangkan atas flight AirAsia untuk isterinya yang sedang hamil. Persoalannya macam mana dia nak dapatkan nasi lemak tu sebab ia hanya dijual kat atas pesawat je? Uish payah gak tu.
“B… nasi lemak AirAsia ada jual kat luar ke?”
Bakal bapa anak yang ketiga ni sempat juga share perbualannya di WhatsApp dengan isteri yang mengidam nasi lemak AirAsia aka Nasi Lemak Pak Nasser tu. Korang yang pernah order ni mesti tahu kan Nasi Lemak Pak Nasser memang power habiss! Bayangkan lah ibu mengandung pun boleh mengidam nasi lemak ni.
“Isteri encik nak fly dengan AirAsia sebenarnya…”
Tweet yang di post oleh Azham tu tak sangka pulak viral sampai dapat perhatian Twitter AirAsia. Tapi reply dari AirAsia ni mungkin merungkai apa yang sebenarnya isteri Azham ni nak. Nak babymoon agaknya tu bang…
Lagi romantik bila Azham balas dengan bertanya flight mana yang tengah murah sekarang sebab dia sanggup nak bawa isterinya naik AirAsia demi puaskan craving nasi lemak tu. Amboi sweetnya suami macam ni!
Problem solved! Ramai netizen yang sudi nak membantu
Tapi syukurlah Azham dan isterinya yang sudah 7 bulan hamil tu tak perlu sampai naik flight demi dapatkan sebungkus nasi lemak. Ramai di kalangan netizen yang PM bakal bapa ni dan tawarkan kalau dia orang boleh belikan nasi lemak tu masa naik flight AirAsia nanti. Untunglah!
Macam manapun dengarnya melalui update terbaru pagi ni, si suami macam nak booked je flight AirAsia semata-mata nak penuhi rasa mengidam si isteri. Ewahhh macam lagu Ragaman Faizal Tahir pulak ye bang!
Apa-apapun semoga berbahagia selalu ye! Admin doakan craving si isteri tu pun dapat dipenuhi. Sweet angat dapat suami macam ni. Hiks!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: memorikini
-
Hiburan6 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan9 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan10 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan10 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan10 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan9 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan9 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan10 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’