Connect with us

Semasa

Pelajar berhenti belajar dari universiti demi jaga ibu sakit, peroleh keputusan cemerlang STPM…

Published

on

ALOR SETAR – Berhenti belajar dari universiti demi menjaga ibu yang menghidap strok tidak menghalang Muhammad Saniy Samsudin, 21, mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam.

Muhammad Saniy yang sebelum ini belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam membuat keputusan meninggalkan menara gading itu pada 2017 dan menyambung belajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyiur, Jitra, dekat sini yang juga sekolah ibunya mengajar.

“Ibu saya yang juga seorang guru mengajar di sekolah itu dan mengalami strok pada 2013 menyebabkan dia perlu menjalani rawatan fisioterapi seminggu sekali dan bapa saya pula yang bertugas di sebuah universiti di Sintok kerap bertugas di luar kawasan.

Muhammad Saniy (tengah) menerima kucupan tahniah dari kedua ibu-bapanya selepas meraih PNGK 4.00 pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2018 peringkat negeri Kedah di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, semalam. FOTO: BERNAMA (2019)

“Ibu saya tidak dapat memandu kereta dan melihat kepayahan yang dialami, saya nekad berhenti belajar di UiTM dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan menyambung pelajaran di Tingkatan 6 di sekolah ibu mengajar supaya mudah kami berulang alik bersama,” katanya ketika ditemui pada majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2018 peringkat negeri Kedah di sini.

Muhammad Saniy yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam peperiksaan itu berkata, walaupun sibuk menjaga ibu, Rozaina Saad, 50, namun dia berupaya membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran selain menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua pengawas di sekolah.

“Tidak sia-sia kita berbuat baik kepada ibu bapa kerana Allah akan membalas setiap kebaikan yang kita lakukan, saya sendiri mengakui sejak balik dan tinggal bersama ibu dan bapa hati saya lebih tenang dan saya yakin kejayaan ini datangnya dari reda seorang ibu.

Muhammad Saniy (depan, tiga kiri) bersama para pelajar cemerlang lain meraikan kejayaan meraih PNGK 4.00 pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2018 peringkat negeri Kedah di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, semalam. – FOTO: BERNAMA

“Saya juga berasa lega apabila kakak saya juga telah berjaya menamatkan pengajian di sebuah kolej swasta di Shah Alam dan akan bersama-sama menjaga ibu sehingga pulih,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian dalam bidang perniagaan di luar negara.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Abd Aziz Selaiman ketika berucap pada majlis itu berkata, 54 pelajar di negeri ini memperoleh PNGK 4.00 dalam peperiksaan itu, meningkat berbanding 44 pelajar yang mencapai keputusan sama bagi tahun 2017.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Abd Aziz Selaiman (empat, kanan) memberikan kata-kata semangat kepada Muhammad Saniy (tiga, kanan). – FOTO: BERNAMA (2019)

“Jumlah calon yang lulus penuh bagi semua subjek menurun 0.35 peratus, iaitu daripada 3,313 calon pada 2017 kepada 3,029 calon, namun 40 daripada 59 pusat peperiksaan mencapai kelulusan 100 peratus,” katanya. – BERNAMA

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: SinarHarian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending