Hiburan
Tahniah! Selamat Merisik Gadis Pilihan, Ippo Hafiz Bakal Mendirikan Masjid Ogos Ini

Penyanyi yang dikenali dengan jolokan Raja Runut Bunyi, Ippo Hafiz bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Fara Roslan pada 24 Ogos ini.
Pada Ahad lalu, Ippo bersama keluarganya bertandang ke rumah Fara di Setia Alam, Selangor untuk majlis merisik.
Ibu Ippo, Zahariah Ibrahim menyarungkan cincin di jari manis Fara sebagai tanda penyatuan hubungan dua jiwa.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya mengenali Fara pada bulan September tahun lalu tetapi kami tidak rapat. Pada November, Fara menjadi model untuk muzik video single terbaru saya, Saat Bahagia dan selepas itu, kami mula mengenali satu sama lain.
“Majlis yang berlangsung pada hujung minggu lalu hanyalah majlis merisik. Kami bersepakat tidak mahu mengadakan majlis pertunangan dan mahu terus bernikah sahaja pada 24 Ogos ini,” kata pelantun lagu Kekal Bahagia ini.
Mengenali hati budi masing-masing kurang setahun, Ippo dan teman wanitanya mencapai kata sepakat untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.
“Saya sendiri tak sangka hubungan saya dan Fara sampai ke tahap ini kerana pada mulanya, ramai yang salah sangka saya dan Fara telah berkahwin selepas melihat foto ‘behind the scene’ ketika penggambaran muzik video Saat Bahagia, sedangkan pada ketika itu kami hanya berkawan sahaja.
“Sebenarnya, kami tidak bercinta dan hanya mengenali hati budi masing-masing. Sebelum ini, kami pernah melalui fasa percintaan yang tidak menjadi dan enggan lagi mengulangi perkara yang sama.
“Selepas itu, kami rasakan wujud keserasian antara kami berdua dan sudah tiba masanya untuk melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan kami sendiri berharap urusan menjelang tarikh perkahwinan akan berjalan lancar, Insya-Allah,” kata Ippo lagi.
Ippo mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sebagai komposer dan mula dikenali dengan single Rahsia yang menjadi runut bunyi drama bersiri Teman Lelaki Upahan pada tahun 2015.
View this post on Instagram
Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.
tahniah ippohafiz n fararoslan.. mmg btl jodoh “rahsia tuhan” semoga kekal bahagia dan sentiasa menikmati saat bahagia..
congrats buat ippohafiz…akak doakan y terbaik utk kalian berdua.. Aamiin..
alhamdulillah… Tahniah ippohafiz semoga dipermudahkan semuanya
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Instagram ippohafiz/fararoslanx via gempak
-
Hiburan2 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan6 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan6 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan6 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan6 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan6 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan5 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan6 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’