[VIDEO] ‘Tok Kadi ni koyak pulak dia..’- Aril Pilus Kena ‘Sound’ Dengan Tok Kadi Saat Adik Akad Nikah Tarik Perhatian

Khairil Azam bin Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril dilahirkan pada 15 November 1985. Beliau merupakan adik kepada penyanyi popular Izwan Pilus. Beliau merupakan naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-7 .

Baru-Baru ini pula, beliau berjaya mencuri perhatian ramai apabila berkongsi satu rakaman video ketika adik perempuannya sedang akad nikah bersama jejaka pilihan.

Namun, post seterusnya mengundang pelbagai reaksi netizen yang mendengar kata ‘sah’ yang kuat daripadanya saat selesai sahaja pihak lelaki mengucap akad nikah dihadapan Tok Kadi.

Lucunya pula, Aril Pilus mengatakan Tok Kadi seolah ‘koyak’ apabila mendengar jeritan sah daripadanya sehingga membuatkan ramai terhibur.

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malas nak panjang2 cite, aku nak jerit SAH!!!!!! Bahahahhh~ tok kadi ni koyak pulak dia, relex ar~ bahahahah!!

A post shared by The Official Aril AF™ (@arilpilus) on

Tahniah Luqman dan Nabila moga bahagia ke anak cucu..

“Kalau aku pergi, aku nak baring sebelah kau ye bang” – Aril luah rasa rindu genap 7 tahun Izwan Pilus ‘pergi’

ADIK kepada penyanyi Allahy4rham Izwan Pilus iaitu Aril Pilus meluahkan perasaan rindunya ketika genap tujuh tahun pemergian abangnya.

Aril berkata, rasa rindu terhadap abangnya itu tidak pernah pudar walaupun sedetik.

“Hari ini genap tujuh tahun Izwan Pilus pergi meninggalkan kita mengadap Ilahi, rasa rindu yang tak pernah pudar walau sedetik mengenangkan kenangan suka duka bersama.

“Rasa terkilan melihat ada beberapa cita-cita dan impiannya yang tak sempat tercapai,” ujarnya.

Penyanyi Izwan Pilus mengadap ilahi pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam dar4h dan kencing tikus.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa jam dimasukkan ke wad.

Dalam pada itu Aril berkata, dia terlalu menyayangi lelaki itu dan sentiasa mendoakan allahy4rham berada dalam kalangan orang beriman.

“Semoga tenang r0hnya bersama orang-orang yang beriman, aku sayang abang aku sorang ni. Kalau aku pergi dulu, aku nak baring sebelah kau jugak ye bang.. aku sentiasa doakan kau.

“Aku tak leh tulis panjang-panjang la, mencurah air mata aku,” ujarnya.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Ig airilpilus Via KD

Be the first to comment

Leave a Reply