Dulu feminin, kini seorang lelaki macho miliki kekasih jelita, rakan2 doa Rizman cepat naik pelamin

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Rizman Ruzaini, mereka berdua adalah antara jenama fesyen yang tersohor di Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan selebriti tanah air.

Namun anda mungkin masih ingat lagi dengan imej lama Rizman yang dulunya feminin dengan bentuk badan yang sedikit gempal, kini sudah menjadi seorang lelaki yang macho dan sangat maskulin.

Selepas sahabatnya Ruzaini sudah pun menamatkan zaman bujangnya, nampak gaya kemungkinan besar Rizman pula bakal menyusul apabila pereka fesyen tersebut ade memuat naik foto bersama gadis jelita.

Difahamkan gadis jelita itu bernama Nurida Suraya, tidak dapat dinafikan raut wajah gadis itu sememangnya menawan dan mungkin sahaja dia telah berjaya memikat hati pereka fesyen terkenal itu.

Ramai tak sabar nak tengok Rizman naik pelamin

Rakan-rakan artis dan juga netizen seperti sudah tidak sabar lagi melihat pereka fesyen kesayangan ramai itu menamatkan zaman bujang bersama gadis idaman hati.

Perfect couple…

Kahwin cepat pleaseee, tak sabar nak tengok wedding dress!

Bagai pinang dibelah dua…

Lepas ni buat baju kahwin sendirilah…

Muka pun dah seakan sama, kuat jodoh ni

Artikel berkaitan: Setiap Kali Anugerah, RizmanRuzaini Paling Sibuk!

Perjalanan pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan Jamil Ruzaini ini bukanlah satu perjalanan yang mudah. Membina kerjaya di bidang fesyen di Malaysia memerlukan ketekunan, kesabaran dan kreativiti yang yang tinggi.

Menggabungkan dua nama sebagai satu penjenamaan, RizmanRuzaini mula mendapat tempat di hati selebriti tanah air, apatah lagi dengan rekaan mewah yang dihasilkan mereka. Setiap kali berlangsungnya anugerah untuk industri seni di Malaysia, pastinya mereka di antara yang paling sibuk.

Nama-nama besar seperti Dato Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Izara Aishah, Fasha Sandha dan ramai lagi sering menggunakan khidmat rekaan mereka untuk hadir ke majlis-majlis anugerah yang berlangsung di Malaysia. Malah, ada yang turut memakai jenama mereka untuk anugerah di luar negara.

Kehebatan duo ini membuahkan hasil kerana bukan sahaja rekaan mereka mendapat tempat di hati selebriti terkenal tanah air, malah rekaan mereka juga menjadi pilihan kerabat diraja serta orang-orang kenamaan, terutamanya rekaan gaun perkahwinan.

Bukan sahaja untuk majlis anugerah, majlis perkahwinan, malah ada juga yang turut membuat tempahan untuk pakaian di hari raya. Tidak kurang juga yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk rekaan pakaian untuk video klip dan lain-lain lagi.

Pastinya rekaan mereka suatu hari nanti bakal hadir di pentas fesyen dunia dan tidak mustahil selebriti-selebriti antarabangsa bakal menggayakan rekaan RizmanRuzaini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: memorikini

Be the first to comment

Leave a Reply