Walaupun sudah pulang ke rahmatullah, Arw4h cikgu Hayati terus berceloteh ajar ‘Add Math’ di YouTube

PENGORB4NAN dan keikhlasan seorang guru dalam mendidik anak murid sentiasa dikenang walau hakikatnya ada dalam kalangan pendidik yang terpaksa menanggung kesa kitan ketika melaksanakan amanah kerjaya mereka.

Realitinya matlamat setiap guru adalah untuk berusaha bagi menjamin kejayaan pelajar.

Demikian pengorbanan Hayati Aini Ahmad yang mendidik tanpa mengira penat walau disahkan menghidap kan ser pa yudara tahap empat sejak dua tahun lalu.

Namun, guru subjek Matem4t1k Tambahan ini yang dijemput Ilahi pada Ahad lalu bukan sekadar meningggalkan nama kerana komited mendidik anak bangsa, malahan ilmunya yang dikongsi menerusi video hasil usahanya akan kekal di alam maya untuk digunapakai oleh sesiapa sahaja.

Menerusi posting di akaun Facebook milik Hayati, dia pernah memuat naik status mengenai laman Youtube yang dikendalikannya mempunyai lebih daripada 300 video tutorial untuk subjek Matem4t1k Tambahan serta mendapat respon positif daripada pelajar.

Menurut suami kepada arwah Hayati, Abdul Jalil Daud, 53, ilmu yang dikongsikan isterinya itu diharap boleh memberi manfaat kepada golongan pelajar.

“Selagi video di Youtube itu boleh memberi manfaat kepada semua, ambil dan belajarlah melaluinya.

“Isteri saya gunakan bahasa Melayu ketika mengajar di Youtube agar para pelajar lebih mudah untuk faham walaupun dia lebih mahir berbahasa Inggeris untuk mengajar subjek ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Selain itu Jalil juga memberitahu arw ah isterinya sedaya upaya akan membantu pelajarnya memahami sesuatu perkara walaupun di luar waktu persekolahan.

“Dalam apa jua keadaan, dia akan cuba penuhi keperluan orang lain berbanding dirinya sendiri.

“Naluri sebagai pendidik sangat tinggi, dia akan pastikan para pelajarnya betul-betul faham subjek Matem4t1k Tambahan itu.” ujar Jalil.

Sementara itu menceritakan jasa guru yang berasal dari Kajang ini, bekas pelajarnya, Ainal Fadilah mengakui terkesan menerima berita sedih itu.

“Kawan-kawan yang lain juga terkejut dan kami hanya mengetahui berita pemergiaan cikgu selepas ia tersebar di Facebook dan Whatsapp.

“Walaupun dah berusia 34 tahun, saya masih ingat ketika bergelar pelajarnya, memang mudah nak faham apa yang diajar arw ah.

“Cikgu Hayati juga sangat baik dan ikhlas dalam kerja dia,” ujar Ainal menceritakan memori bersama ar wah ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Alma, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Ainal juga maklum mengenai usaha Hayati berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajarnya walaupun ketika itu dia sedang mend erita sakit ka nser.

“Sebagai bekas pelajar, saya akan terus kongsikan ilmu yang diberikan cikgu di media sosial melalui Facebook dan Youtube untuk kegunaan generasi akan datang agar ia terus berkembang,” katanya.

Hayati merupakan tenaga pengajar di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Long, Kajang sehingga dia menghem buskan nafas tera khir.

Arw ah mula menerima raw atan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sekitar Mei 2018 dan terpaksa terla ntar di hospital sejak September.

Dia meningggal dunia di kediamannya di Taman Puncak Saujana, Kajang pada umur 46 tahun.

Jena zah Hayati selamat dikebu mikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang pada pada Isnin, 11 Mac lalu.

Channel Youtube : cikgu Hayati

Antara Video2 Youtube Cikgu Hayati

Sumber: Citemalaya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply