Pelakon Era 90an, Wafa Abdul Kadir Telah ‘Kembali’ Menghadap Ilahi.

Selepas sekian lama menderit4 akibat penyakit k4nser, pelakon Wafa Abdul Kadir akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi Sabtu.

Beliau meniggal dunia di rumahnya di Tropicana, Petaling Jaya.

Berita kehilangan pelakon berusia 52 tahun itu disahkan oleh sahabatnya, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar.

Malah personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi turut berkongsi kesedihan itu.

“Jelas rancangan Allah di luar dugaan kita. Hari ini saya kehilangan Kak Long – Wafa Abdul Kadir saya. Dan hari ini jua saya akan menempuh hidup baru. Hebat sungguh dugaan Yang Esa. Saya sedih, namun Allah berikan jua kegembiraan. Sukar, namun itulah hakikatnya,” kata Ras Adiba.

Wafa bersama suami tersayang yang sentiasa bersamanya.

Wafa yang juga pelakon Azizah The Legend menghidap k4nser ovari dan perit0neal tahap empat.

Penyakit dikesan pada 2014 dan pada April 2015 beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan ormentum (lapisan yang menutup bahagian perut).

Selepas itu beliau sering berulang-alik ke Institut Kanser Negara, Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.

Dia sudah menjalani 18 kali rawatan kem0terapi bagi mem4tikan sel k4nser pada tahun 2016.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 10:00 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum Zohor.

Wafa ialah anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Talib.

Wafa melalui tiga kali fasa perkahwinan dan suami terakhirnya ialah Tajul Faizal Tamimuddin yang berusia 53 tahun.

Allahyarham memiliki beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: theklasik

Be the first to comment

Leave a Reply