“Wey Kembar Ayda Jebat Lah,”- Sufie Rashid Kongsi Gambar Tunang, Ramai Kata Persis Sama Ayda Jebat!

Terbaru, penyanyi Sufie Rashid atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya. Apa yang menarik, penyanyi kelahiran Singapura itu telah berkongsi bersama peminatnya dan mengimbau

kembali kenangan bersama dengan tunang tersayang, Nurulain Md Yusof. “#throwback last year sebelum tunang. This girl beside me stood by me when i fell. Insyaallah this same girl i shall call my beautiful wife in a few months time. Amin.” tulisnya.

“Ingat ayda jebat td terkjut” “Macam ayda jebat la” “weii fikirkan ayda jebat” Lantas, perkongsian penyanyi yang berusia 28 tahun itu telah menjadi perhatian peminat apabila melihat gambar tunang Sufie yang persis seperti penyanyi Ayda Jebat. Terdahulu, Sufie telah bertunang bersama Nurulain pada 15 Disember yang lalu.

Juara AF, Sufie Rashid selamat bertunang dengan usahawan Krispy Krunchee

JUARA Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 27 akhirnya selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan semalam. Sufie atau Nama sebernarnya Mohammad Sufie Rashid mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee  Nurulain Md Yusof.

Difahamkan, majlis pertunangan itu hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat yang diadakan secara sederhana atas permintaan keluarga pasangan tersebut. Majlis yang bermula selepas Isyak menyaksikan dulang hantaran enam berbalas tujuh. Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuklah sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan wangian dan pakaian.

Selepas berbincang antara kedua-dua belah pihak keluarga Sufie dan Ain maka dipersetujui tempoh pertunangan kedua-dua mereka adalah setahun. Mereka juga menetapkan wang  hantaran perkahwinan sebanyak SGD10,000 serba satu. Sufie dan Ain berkenalan pada penghujung  2016 sebelum mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan majlis pertunangan.

Foto : Instagram Sufie Rashid via Media Hiburan/ Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply