Norman Hakim Jumpa Sesuatu Yang Mengejutkan Dalam Al-Quran Anaknya. R4hsia yang disimpan rapi selama ini, terbongkar jua

PELAKON Norman Hakim terharu dengan tindakan anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 14, yang menulis nama semua ahli keluarga mereka dan menyimpannya di dalam al-Quran dengan harapan semua anggota keluarganya dapat diterima ke syurga. Selain nama Norman dan ibunya, Arbaieyah atau Abby Abadi, Mohamed Danish turut menulis nama datuk dan nenek di sebelah ibu bapanya dan empat orang adiknya termasuk daripada ibu tiri, Memey Suhaiza.

Lebih mengharukan, Mohamed Danish turut memasukkan nama Memey dan bapa tirinya, Mohd Faizal Zakaria yang juga suami Abby serta ibu dan bapa Mohd Faizal.

Norman yang memuat naik foto senarai nama itu di Instagram semalam berkata, dia sangat bersyukur dengan apa yang dilakukan anaknya itu.

“Kalaulah Abang Ada Rezeki Masuk Syurga,Abang Buat Nota Ni Untuk Nak Mintak Pada Allah Untuk Kita Semua Sama2 Masuk Pa…” – Jawapan Dari Anak Buatkan Norman Hakim

Perkongsian saya itu sekadar meluahkan rasa terharu selepas mendengar kata-kata dan sebab mengapa dia berbuat begitu,” katanya.

Terdahulu, Danish dilaporkan menjadi antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta, Turki dan dijangka bertolak ke negara itu tahun ini. Danish juga berjaya menghabiskan 30 juzuk hafazan lebih awal yang sepatutnya dilakukan apabila berada di Turki nanti.

Selain Danish, Norman mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9. Norman juga mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, bersama isterinya sekarang iaitu Memey.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pandangan segelintir orang yang mengganggap dia antara artis yang berjaya membentuk anak menjadi seorang al-Hafiz, Norman berkata, mungkin ini perkara terbaik yang dapat dia kongsikan bersama peminat.

“Biasanya orang menjadikan selebriti sebagai ‘role model’™ dari segi penampilan dan berbadan sasa. Apa yang saya lalui ini mungkin akan memberi manfaat kepada semua orang.

“Saya juga mahu masyarakat sedar institusi keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak anak-anak tidak kiralah apa juga pekerjaan kita.

“Mungkin juga apa yang anak saya lakukan sekarang tidak berpeluang saya lakukan dulu,” katanya.

Norman berkata, walaupun sudah berpisah dengan Abby, ia tidak menjadi halangan untuknya memberikan yang terbaik dalam pelajaran dan kehidupan anak-anak. Pada saya, walaupun sudah berpisah, tetapi sebagai ibu dan bapa tanggungjawab terhadap anak-anak tidak boleh diabaikan. Apa pun terjadi kita harus memastikan mereka tidak terabai,” katanya.

Institusi keluarga adalah unit sosial yang kecil dalam sesebuah masyarakat. Sekiranya keluarga itu baik, maka masyarakat turut menjadi baik. Kesejahteraan dalam masyarakat mempunyai hubungan rapat dengan pembinaan individu dalam institusi keluarga yang berkualiti menurut Islam. Artikel ini akan membawa pengertian keluarga menurut Islam, konsep keluarga menurut Islam dan ciri-ciri keluarga berkualiti berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah.

Kefahaman mengenai keluarga berkualiti menurut Islam amat penting kepada umat Islam untuk mencapai matlamat perkahwinan yang sebenar dan mendepani cabaran kehidupan semasa dengan penuh keimanan dan kebijaksanaan.

Mendidik anak agar menjadi anak yang shalih dilakukan dengan menanamkan akidah yan kuat, ibadah, akhlak yang mulia. Serta orang tua juga harus proaktif dalam menghindarkan pengaruh negatif pergaulan maupun teknologi yang bisa merusak akidah dan akhlaknya.

sumber: KLVIRAL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply