Selain Mawar Rashid, 8 Lagi Finalis Dewi Remaja Bergelar HOT Mummy, Ramai Tak Perasan

Mawar Rashid

Dewi Remaja 2014 / 2015

Tahniah Mawar Rashid & pasangan, Raden Ahmad Faizal (RAF) Yaakob!

Seperti yang diketahui oleh ramai netizen terutamanya peminat kepada pelakon cantik dan finalis Dewi Remaja 2014/2015, Mawar dan Raf telahpun selamat menimang cahaya mata pada hari Khamis lalu. Bayi lelaki yang diberikan nama Raden Muhammad Rafael itu dilahirkan seberat 3.4kilogram dan kini mempunyai akau Instagram yang sendiri.

Pergi follow cepat!

Di kalangan rakan finalis Dewi Remaja 2014/2015 sendiri, bertalu-talu mesej ucapan tahniah yang diberikan kepada Mawar! Nampaknya ramai yang meraikan berita gembira ini.

InsyaAllah hasil doa yang baik-baik daripada semua orang, segala urusan Mawar dan RAF selepas bergelar parents akan dipermudahkan.

Kami ingin throwback semula beberapa alumni finalis Dewi Remaja yang kini juga bergelar hot mummies! Boleh lah Mawar tanya-tanya kepada mereka apa rahsia semasa berpantang. Hehe..

Kuza

Dewi Remaja 1990 / 1991

Sekitar tahun 2012, Kuza pernah memberitahu harapannya agar tiga orang anaknya tak akan mengikut jejak langkahnya sebagai seorang selebriti.

Nizam Firdaus, 24, Puteri Nazihah, 23 dan Puteri Nadia, 13 masing-masing mempunyai iras cantik seperti Kuza. Namun kata Kuza, “Saya tak galakkan mereka terlibat dalam bidang seni kerana saya sudah lalui pahit manis sebagai pelakon. Ia bukanlah semudah yang disangka.

“Saya mahu mereka kejar cita-cita dalam bidang lain yang lebih menjamin masa depan.”

Didie Alias

Dewi Remaja 1990 / 1991

April lalu, Didie Alias telah berkongsi kegembiraan ketika menimang cucu sulungnya. Cucu lelaki itu selamat dilahirkan oleh anak Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan.

Namun pada Jun 2014, rakan seperjuangan Dewi Remaja bersama Jasmin Hamid dan Datin Seri Umie Aida ini sendiri yang melahirkan bayi lelakinya bernama Muhammad Dayyan. Dayyan dah pandai dan petah bercakap sekarang!

Sebelum ini, Didie dikurniakan lima orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Rozita Che Wan

Dewi Remaja 1994 / 1995

Rasanya, kami tak perlu perkenalkan lagi anak perempuan kepada Rozita Che Wan ini. Aaisyah Dhia Rana petah bercakap dan memang tak kalah dari segi gaya dan kecomelannya.

Anak tunggal perkongsian bersama Zain Saidin ini memang mengikut gaya ibunya yang sentiasa cantik dan manis dipandang. Rozita Che Wan juga mempunyai anak bujang Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Rita Rudaini

Dewi Remaja 1997 / 1998

Dulu masa kita kecil, selalu main tiang-tiang je. Tapi sekarang, anak kecil seperti Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 pun dah pandai untuk main media sosial.

Finalis Top 10 Dewi Remaja bersama Wardina Safiyyah dan Juliana Banos ini terpaksa membenarkan dua orang anaknya itu membuka akaun Instagram. Namun, Rita akan memantau dan tak benarkan mereka membaca komen.

Pushpa Narayan

Dewi Remaja 2002 / 2003

Pemenang tempat kedua Dewi Remaja musim ke-6 ini merupakan ibu kepada Rhea Rosa Robless, 6 dan Robert Richard, 4.

Walaupun sibuk dengan kerjaya, Pushpa masih mengambil kira ibu sebagai kerja sepenuh masa. “Saya paranoid dan selalu risaukan anak. Saya cuba untuk belajar perbaiki teknik penjagaan daripada ibu dan ibu mertua.”

Scha Alyahya

Dewi Remaja 2005 / 2006

Hi Lara Alana!

Anak tunggal kepada Awal Ashaari dan Dewi Remaja 2005/2006 ini juga seiring popular dengan ibu-bapanya. Lara selalu membuat kemunculan di media sosial Scha dan Awal, malah juga menyertai mereka berdua ketika menghadiri majlis di luar.

Scha juga pernah mendengar perbualan di antara Lara dan rakannya Aleesya. “Dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya terdengar Aleesya berkata dia ingin menjadi seorang doktor. Kemudian Lara memberitahu dia ingin menjadi pelakon seperti saya. Saya terus terdiam.

“Dia tak pernah cakap pun sebelum ini. Tapi saya boleh katakan Lara sukakan seni. Dia suka mendengar muzik, menonton drama dan filem. Masa saya bacakan buku pun, dia sangat berikan perhatian.”

Ramona Zamzam

Dewi Remaja 2009 / 2010

Rakan seperjuangan Anzalna Nasir dan Izara Aishah ini terlebih dahulu berkahwin dan menerima cahaya mata.

Masih dalam tempoh bercuti selepas melahirkan anak sulungnya, Ivanna, Ramona terpaksa menolak tawaran berlakon yang tak berkurangan kerana ingin menjaga anak yang masih kecil..

“Saya perlu susukan anak sepenuhnya. Kalau dah boleh makan nanti, saya akan pertimbangkan untuk kembali aktif.”

Syatilla Melvin

Dewi Remaja 2009 / 2010

Mat Yip oh Mat Yip!

Telatah Syeriv Samheizy yang juga anak tunggal kepada Syatilla dan Shaheizy Sam ini memang seronok ditonton. Setelah kembali bekerja pada awal tahun ini, Syatilla bagaimanapun tak senang duduk bila berkomunikasi melalui Face Time dengan anaknya.

“Dia clum sambil menangis telefon tu. Mungkin dia belum bersedia berenggang dengan saya. Lepas tamat je di set lakonan, saya terus balik!”

Sumber : SweetNutella

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply