Hiburan
[VIDEO] “Kalau Dia Tak Menang..”- Tak Sangka! Best ‘Hindustan’, Shariff & Shiha Paling Lawak!

Pasti ramai yang mengenali kumpulan Zero, malah salah seorang ahli bernama Shariff merupakan diantara peserta pada minggu ini yang menerima pujian ramai menerusi persembahannya di BintangBersama Bintang 2019.
Mana taknya, gandingan Shariff bersama Shiha Zikir sangat tidak mengecewakan ramai sehingga netizen terhibur dengan idea kreatif ‘hindustan’.
Malah, penyanyi Shiha juga menerima pelbagai pujian ramai kerana menjadi artis jemputan yang memainkan watak dengan baik.
Banyak kali duk ulang..
Di ruangan komen, mereka berdua dihujani kata-kata positif daripada netizen malah video yang dimuat naik menerusi YouTube itu juga membuatkan ramai netizen ulang tayang melihat persembahan mereka.
Tahniah..memang lawak
Paling lawak..
Bintang Bersama Bintang 2019 tampil dengan wajah baru
Tahun baru, wajah baru! Nampaknya, rancangan Bintang Bersama Bintang kembali menghiburkan penonton TV3 pada tahun ini dengan menampilkan hos baru, peserta baru, juri baru dan pastinya lawak yang lebih menghiburkan penonton.
Jika tahun lalu rancangan ini menyaksikan Mark Adam dinobatkan sebagai juara BBB, pada kali ini Mark Adam akan bergandingan bersama otai terkenal, Saiful Apek sebagai juri tetap BBB 2019. Seperti tahun berikutnya, juri tetap bertanggungjawab menilai persembahan peserta sebanyak 50%, manakala 50% lagi menerusi undian penonton di www.xtra.com.my/BBB2019.
Pentas BBB pada kali ini diwarnai dengan wajah baru iaitu Elly Mazlein sebagai hos dan peserta baru seperti Chaiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero. Namun, penonton masih tetap dihiburkan dengan aksi lawak tak kering gusi oleh Achey dan Shuk. Bukan itu sahaja, para peserta juga dapat bergandingan dengan seorang selebriti jemputan pada setiap minggu untuk memeriahkan lagi pentas BBB 2019.
BBB akan mula bersiaran pada 3 Mac 2019, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam dibawakan khas dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam.
“Setiap minggu kita akan tampilkan sketsa yang “fresh” dan artis jemputan yang berbeza, saya rasa teruja untuk membuat latihan dan persembahan live dengan artis jemputan. Insya-Allah kita akan cuba yang terbaik” kata Achey.
Penonton juga dapat mengikuti perkembangan yang berlaku serta aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada hari Ahad jam 6.00 petang di TV3, turut dapat ditonton secara langsung di laman Youtube TV3 Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my. Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TVMalaysia dan jangan lupa hashtag#BBB2019!
Agaknya, siapa yang bertuah membawa pulang wang tunai RM 100,000 pada tahun ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat ye!
VIDEO :
Sumber: TV3 Malaysia via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
-
Hiburan2 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan6 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan6 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan6 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan6 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan6 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan5 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan6 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’