“Ya Allah, Patutlah Adith Nangis Nak Keluar Rumah…” – Rody Kristal & Isteri Terkejut Tayar Kereta M3letup

Gitaris kumpulan Kristal, Rody dan isterinya, Niena azman terkejut apabila tayar kereta yang dipandu suaminya tiba-tiba meletup.

Menerusi akaun Instagramnya, Rody bersyukur kerana keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
“Alhamdulillah… Ujian dari Allah yang tanpa kita duga… Tayar bunga masih cun tapi dah ditakdirkan harini pecah.


 “1st time pecah bawa anak, isteri dan mertua, sebelum nak pecah tu memang terasa lain je stereng ni.
 
“So tak yah laju-laju, bersedia. Ngam-ngam depan pagar rumah orang sampai tuan rumah cikgu Kamarudin SMK Seri Menanti Muar tolongkan.


“Terima kasih sebab tumpang anak dan isteri di rumah cikgu… Setiap apa yang jadi pasti ada hikmahnya, redha walaupun harga tayar… Sebelum ke mana-mana pastikan tools korang cukup ya!!” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah.. ujian dari Allah yg tanpa kita duga.. tayar bunga masih cun.. tp dah di takdirkan harini pecah.. 1st time pecah bawa anak,isteri dan mertua.. sebelum nk pecah tu mmg terasa lain je stereng ni.. so x yah laju2.. bersedia.. ngam2 depan pagar rumah org.. sampai tuan rumah cikgu kamarudin smk seri menanti muar tolongkan.. terima kasih sebab tumpang anak dan isteri di rumah cikgu.. setiap ape yg jadi pasti ade hikmahnya.. redha.. walaupun harga tayar ? … sebelum ke mana2 pastikan tools korang cukup ya!!

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on

Dalam pada itu, Niena memberitahu anak sulungnya, Adithya Jabbar tidak berhenti menangis.

“Ya Allah, dugaan… Patutlah Adith nangis nak keluar rumah, nasib taka da apa-apa. En. Mi bawa slow je, meletup tayar,” tulisnya menerusi ruangan Insta Story miliknya semalam.

Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
 
 Niena selamat melahirkan putera sulung secara normal, jam 9:34 malam pada 14 Januari lalu.
 
  Foto: Instagram @niena_azmann / @rodykristal via Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply