Inilah Dia Ibu Dan Ayah Uqasha & Nelydia Senrose.Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi, Patutlah Cantik belaka.

Siapa tidak kenal dengan pasangan adik-beradik popular dalam industri hiburan, aktres Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.Uqasha yang berusia 25 tahun, meledak dengan beberapa drama popular, antaranya Tundukkan Playb0y Itu, Kerana Anisa, Sebenarnya, Saya Isteri Dia dan Hero Seorang Cinderella. Tak kurang beliau turut membintangi filem-filem seperti Paku Pontianak dan Hantu Kak Limah 2.

Manakala, Nelydia, 23, dikenali menerusi drama Spa Q, Spa Qistina, Setia Hujung Nyawa, Lara Terindah, Encik Suami Mat Salih Celup dan banyak lagi. Turut membuat kemunculan dalam filem Cinderella, Mat Tudung dan Jebat.Adik-beradik ini sememangnya amat jelita dan sering dikaitkan dengan ramai selebriti lelaki popular sebagai kekasih.

Terkini, Nelydia dikatakan sedang mengenali hati budi seorang businessman dari pantai timur.Untuk pengetahuan anda, Uqasha dan Nelydia mempunyai kedua ibu bapa yang tak kurang kacak dan jelitanya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, bukan?

Jom intai gambar ibu dan bapa kepada pasangan adik-beradik ini.

Kami Sama Ibu Lain Ayah – Penjelasan Rasya Rizrose Tentang Statusnya

Mungkin ramai tidak kenal adik Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose yang kian meningkat popular melalui Dewi Remaja 2015 . Raysha yang memiliki tubuh tinggi lampai, berwajah molek dan berbakat, maka laluannya di lorong seni semakin bersinar.Tidak sekali-kali dia menumpang populariti kakak-kakaknya iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. Cuma itu dianggap bonus buat dirinya kerana memiliki susur-galur keluarga yang sudah menceburkan diri dalam industri seni.

Rasya Rizrose adalah Adik Nelydia Senrose,Uqasha Senrose. Dia merupakan adik berkongsi ibu yang sama tapi berlainan bapa,Untuk pengetahuan korang, bapa Raysha berketurunan Cina dari Indonesia manakala ibunya Thailand. Wah patutlah comel.

Kami adik beradik seibu, tetapi berlainan bapa. Maka kami dikira adik-beradik ya, bukan adik-beradik tiri. Memang saya akui ramai yang silap dan keliru perihal ini. Uqasha dan Nelydia adalah anak hasil perkahwinan pertama mama dengan suami terdahulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My everything ?

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Congrats papa lan dapat menantu !

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Papa mama ?

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

Selepas berpisah, mama menikah dengan ayah dan hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan empat orang anak termasuklah saya. Walau berlainan bapa, namun kami lebih selesa jika umum tahu yang kami adik- beradik, tiada istilah lain bapa dalam hidup kami tujuh adik- beradik (empat perempuan dan tiga lelaki).

Hubungan kami sangat rapat memandangkan kami membesar bersama yakni di bawah jagaan mama. Sejak dilahirkan memang saya sudah tingggal di bawah satu bumbung dengan kakak. Celik-celik mata dah nampak kakak- kakak saya, hahaha… Jadi tiada isu kenapa hubungan kami tidak mesra.

 

Biodata Raysha Rizrose | Juara Dewi Remaja 2014/2015

Nama Penuh : Farza Naquraisha Binti Mohd. Fariz Nama Panggilan : Raysha Rizrose.

Nama Manja : Dada (ahli keluarga).

Tarikh Lahir : 22 Jun 1996.

Inilah serba sedikit bio tentang beradik senrose yang cantik jelita.

Selain itu sepupu Uqasah pun jadi perhatian. Patuttlah Cantik Rvpanya Sepupu Uqasha Senrose. Ini Biodata Octavia Manrose, Anak Seorang Penyanyi Dangdut Terkenal.

Memulakan langkah sebagai anak wayang sejak dua tahun lalu, pelakon baharu bernama Octavia Manrose ini semakin mencuri perhatian para peminat tempatan dan pengiat seni tanah air.

Walaupun masih hijau dalam dunia lakonan, bakat wanita berusia 26 tahun ini tersendiri dan tidak boleh dipandang sebelah mata. Antara drama dan telemovie yang telah dibintangi figura cun melecun ini adalah Dendam Aurora, Encik Suami Mat Salih Celup, Tercipta Untukku dan Cinta Si Wedding Planner.

Untuk pengetahuan para pembaca, Octavia yang mesra disapa Via ini merupakan anak kedua Raja Dangdut Malaysia, Iwan bersama pelakon popular era 80-an, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan aktres berbintang Scorpio ini.

Biodata Ringkas Octavia Manrose

Nama Penuh: Wan Syamira Putri Octavia Wan Syahman | Nama Komersil: Octavia Manrose @ Octovia Manrose | Tarikh Lahir: 29 Oktober 1991 | Umur: 26 Tahun (2017) | Zodiak: Scorpio

Asal: Kuala Lumpur | Kerjaya: Pelakon | Status: Janda | Agama: Islam | Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora, Biar Aku Jadi Penunggu, Batasan Kasih, Tercinta Untukku, Tangisan Kubur, Hajah Heathrow Kembali, Cinta Si Wedding Planner, Umairah, Cinta Jannah, Dan Hati Pun Berkata, Balasan Dosa, Hantu Punya Boss dan banyak lagi.

Pernah mendirikan rumah tangga ketika berusia 20 tahun dan bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan berkenaan, Octavia dan bekas suami dikurnia seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 5 tahun.

Merupakan kakak kepada pelakon drama bersiri Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin iaitu Aprena Manrose. Nama Manrose adalah gabungan nama ayah dan arwah ibunya. Merupakan sepupu kepada Raysha Rizrose, Uqasha dan Nelydia Senrose. Pernah mengeluarkan sebuah single berjudul Kau Pilih Dia pada 2015.

Mengidam watak romantik dan beremosi bagi menguji kemampuannya dalam bidang seni lakonan. Sangat meminati lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Beto Kusyairy. Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Sama Sweet Dan Serasi, Adik Uqasha Senrose Ini Tayang Teman Lelaki di Instagram.

Pernah menafikan sedang hangat dilamun cinta, kini pelakon Raysha Rizrose semakin terbuka berkongsi kemesraan dengan teman lelaki yang juga seorang pelumba kereta GP2 negara di laman med1a sos1al.Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, 24, memulakan kerjayanya di litar Go-Kart sejak tahun 2009. Nabil yang mula menyertai perlumbaan Formula 3 (F3) di Eropah sejak 2013 serta kini bersama pasukan Arden International.

Populariti dan pesonanya di litar lumba menjadikan Nabil antara pelumba paling berpengaruh di med1a sos1al dengan pengikut lebih 30 di Instagram.

Sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2018, pelakon drama bersiri Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin itu juga tidak ketinggalan untuk hadir bersama pelumba tersebut, Nabil Jeffri.

“Glad that I managed to drag this busy guy with me!,” tulis pelakon berusia 22 tahun itu di laman Instagram miliknya.

Posting berkenaan telah mengundang perhatian peminat dan pengikutnya dimana ramai yang memuji Raysha dan pelumba berusia 24 tahun itu kelihatan ‘sweet’ dan serasi.Menerusi laman Instagram Nabil pula, difahamkan mereka telah berkenalan sejak enam tahun lalu sebelum adik kepada pelakon Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose itu menyertai Dewi Remaja 2015.

Raysha dikatakan mula menceburi lapangan hiburan tanah air selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2015 dan berjaya menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, dan Mawar Rashid.Difahamkan ia menjadikan beliau sebagai pemenang termuda pertandingan itu, selain itu, beliau juga menyandang gelaran Dewi Berseri Fair & Lovely menerusi pertandingan ini.

Namanya mula dikenali umum menerusi watak Yuhanis menerusi drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin lakonan bersama Azrel Ismail dan Idris Khan yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Pada November 2016, Raysha mengumumkan tidak lagi berada di bawah pengurusan Astro selepas hampir setahun.Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Dukun Doktor Dani arahan Sabri Yunus; memegang watak sebagai Fikha. Raysha dipilih semasa menghadiri sesi ujibakat yang dijalankan oleh Astro Shaw seminggu sebelum dinobatkan sebagai Dewi Remaja.

Raysha menjayakan peranan utama sebagai Aishah dalam siri drama Zahir Tak Terucap di TV3. Beliau juga digandingkan bersama Aiman Hakim Ridza dalam telefilem Apa Dah Jadi di TV2.Raysha muncul bersama Hefny Sahad dalam drama online Cintaku di Bumi Izmir yang bersiaran di Unifi TV pada Ogos 2018

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: kakikecoh via Coretanmedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply