Hiburan
Remaja Dapat Tampung Perbelanjaan Belajar Melalui Permainan PUBG. Wow, Hebat!

Walaupun masih ada yang berpendapat permainan dalam talian Playerunknown Battlegrounds (PUBG Mobile) sebagai aktiviti yang mengalakkan keganasan dan membuang masa, namun jika dilihat sisi positifnya permainan ini ada kelebihannya tersendiri.
Malah semalam juga tular dengan hujah Menteri Belia dan Sukan Negara, Yang Berhormat Syed Saddiq mempertahankan permainan paling popular di serata dunia ini daripada diharamkan di Malaysia.
Jika ditanya kepada peminat permainan PUBG ini ramai yang menyatakan mereka dapat melepaskan tekanan dan keletihan rutin harian melalui permainan ini.
“PUBG adalah permainan yang mampu menghilangkan rasa stress setelah seharian bekerja. Jika ada kelapangan saya akan bermain sekurang-kurangnya sejam sehari pada waktu malam,” kata Akmal, salah seorang peminat permainan ini.
Malah terbaru menerusi laporan mStar, permainan PUBG ini juga boleh menjana pendapatan jika dimanfaatkan sebaiknya.
Jika bijak mencari peluang permainan itu yang pada asalnya daripada hobi boleh dijadikan pendapatan lumayan setiap bulan.
Seorang pelajar, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid memperoleh pendapatan sekitar empat angka dengan melakukan penstriman video PUBG di Facebook bermula enam bulan lalu.
Pendapatan yang diperolehinya itu agak lumayan dan cukup untuk menampung diri serta kos pengajiannya di UiTM, Machang, Kelantan. Malah jumlah pendapatannya itu juga dibahagikan sama rata kepada ibubapa dengan dirinya.
Menurut ramaja berusia 20 tahun ini, permainan PUBG dan penstriman video di Facebook dianggap sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan setelah melakukan tugasan akademik di kampus.
Dia juga dikenali dengan nama Draxx dalam kalangan pengemar PUBG serta akui permainan itu langsung tidak menganggu tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.
Wow! Ini bukan biasa-biasa! Siap boleh jana pendapatan lagi. Bijak cari peluang. Terinspirasi sangat dengan remaja ini.
Sumber: mStar / Facebook via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
-
Hiburan2 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan6 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan6 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan6 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan6 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan6 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan5 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan6 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’