Hiburan
Diet Makan Telur 10 Biji Sehari, Ifa Raziah Susut 12 Kilogram

Selebriti serba boleh dan versatil, Ifa Raziah menafikan sekeras-kerasnya dia membuat prosedur sedut lemak untuk mendapatkan bentuk badan seperti sekarang, lapor Gempak.
“Saya kurus sebab sedut lemak? Alahai…saya belum buat lagilah! Tapi nawaitu tu ada…Itu yang semua orang nak dengar saya cakapkan?
“Selagi saya bercakap benda betul, orang tak nak percaya. Kenapa? Nak kena keluar benda ‘panas’ dari mulut Ifa Raziah baru orang puas hati ke?,” katanya dalam nada gurauan kepada Astro Gempak.
Kata Ifa lagi, sebelum ini ramai sudah tahu tentang rutin diet yang dipraktikkan iaitu, makan telur sebanyak 10 biji sehari.
Bagaimanapun kata Ifa dia mulai muak selepas seminggu mengamalkan diet tersebut.
“Tak boleh tahanlah makan telur hari-hari. Sebab itu saya ‘kamikaze’ diet cara saya sendiri iaitu dengan menolak semua makanan pepejal dan minum air sahaja.
“Saya tidak nafikan dimarahi doktor kerana diet rejim saya ini, tetapi demi memenuhi tuntutan kerjaya saya ‘langgar’ sahaja.
“Saya tak sarankan orang luar ikut cara diet saya ini, tapi ada sesuatu bakal saya kongsikan kepada peminat di luar sana tentang penurunan berat badan saya ini.
“Ada sesuatu yang saya amalkan, tunggu Januari nanti saya akan kongsikan kepada semua,” jawabnya jujur.
Dari apa yang diberitahu oleh Ifa, makan 10 biji telur sehari bermakna ia diet rendah karbohidrat (bukan diet Atkins) dan penulis pernah membaca supermodel Nasha Aziz mengamalkan diet yang sama, bezanya Nasha hanya makan enam biji telur rebus bahagian putih saja sehari demi mengekalkan tubuh yang langsing.
Dengan diet sebegitu ketat tidak hairan Ifa dapat menurunkan berat sehingga 12 kg dalam masa dua bulan, ya tak?
Tetapi jika hanya yang benar-benar kental saja mengamalkannya. Sila dapatkan nasihat doktor sebelum melaksanakan apa-apa jenis diet, okay?
Biodata Ifa Raziah
Dato’ Saripah Raziah binti Mustapha (lahir 22 September 1975) atau popular dengan nama pentasnya, Ifa Raziah, ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak, penghibur, pengkritik, duta, usahawan dan juga pengacara TV yang terkenal di Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Selain itu, Ifa terkenal dengan gelaran Diva Dangdut Malaysia dek kerana popular menerusi lagu Ser…Ser…Ser…. Beliau juga merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang amat mengambil berat mengenai soal kecantikan dan kesihatan.
Di samping itu, Ifa juga turut sinonim dengan tagline Sukerr..Banggee.. dan Pukpukpukk. Selama 2 dekad berkecimpung dalam industri hiburan tanahair bermula dari tahun 1996, artis dangdut ini telah berjaya mencatat sejarah kerana merupakan selebriti yang pertama menjulang trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori baru iaitu Artis Versatil Popular di ABPBH29 serta berjaya mengulangi semula kejayaan kemenangan bagi kategori tersebut di ABPBH3.0 sekaligus menjadikan Ifa sebagai selebriti dua kali berturut-turut yang memenangi kategori itu.
Pada tahun 2016, Ifa dilantik menjadi Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: gempak via yoy
-
Hiburan6 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan9 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan10 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan10 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan10 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan9 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan9 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan10 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’