Hiburan
Jutawan Muda Ini Cari Pembantu Peribadi, Tawar Gaji 200K Dan Melancong Ke Seluruh Dunia

Jika anda sedang mencari kerja atau peluang kerjaya yang lebih baik, maka ini mungkin menjadi salah satu pekerjaan yang anda impikan. Malah, bukan anda seorang sahaja yang menginginkan kerjaya seperti ini, tetapi semua orang di dunia. Pekerjaan yang mudah dan gaji yang tinggi.
Matthew Lepre, seorang jutawan berusia 26 tahun yang mempunyai bisnes secara atas talian ataupun lebih dikenali sebagai e-commerce sedang mencari seorang pembantu peribadi yang akan membantu beliau menguruskan perniagaannya di seluruh dunia.
“Saya dihubungi banyak pihak yang bertanya macam mana untuk memiliki kehidupan mewah seperti ini dan saya sebenarnya memerlukan seseorang untuk membantu menguruskannya (hidup dan perniagaan)”
Menurut lepre, beliau mahu mencari seorang yang memenuhi ciri-ciri ini :
- Mesti mempunyai kemahiran pengurusan
- Boleh mengaturkan keperluan untuk melancong
- Mempunyai pengetahuan dalam media sosial
- Seorang yang multitasking dan Detail-oriented
- Boleh membuat kerja pengkeranian dan memiliki kemahiran komputer
- Memiliki passport yang sah sekurang-kurangnya 12 bulan
- Bekerja keras dan mempunyai etika bekerja yang baik
Paling menarik, gaji yang bakal diterima oleh pembantu peribadinya itu mencecah $ 52,000 (RM211,116) setahun. Tetapi, jika mempunyai pengalaman, anda berkemungkinan akan menerima gaji lebih tinggi dari nilai tadi.
Beliau pernah menjadi penuntut jurusan pergigian di univerviti namun memilih untuk tidak menamatkannya dan menubuhkan sebuah perniagaan e-commerce iaitu Academy Worrior pada usia 23 tahun.
Siapa pun pasti akan melalui fasa sukar di dalam hidup. Menurut Lepre, dia juga begitu setelah keluar dari universiti namun beliau berusaha untuk mencari ilmu dan pengetahuan tentang cara mengembangkan bisnes. Dan ternyata usahanya berhasil apabila beliau sekarang berjaya menghasilkan keuntungan kira-kira $ 120,000 (RM487,257) sebulan yang diperolehi dari empat buah perniagaan e-commercenya.
Lepre menamakan jawatan tersebut sebagai ‘Pekerjaan Paling Hebat Di Dunia’ dan mengatakan bahawa pembantu peribadinya itu akan pergi ke seluruh dunia dengannya. Bukan cuma itu, semua perbelanjaan akan ditanggung olehnya termasuklah penginapan dan insurans kesihatan.
Lepre memilih untuk bekerja sambil bersantai kerana menurutnya pekerjaan itu adalah paling ideal untuk dirinya dan beliau mahu seseorang untuk ‘merasai’ perkara yang sama. Walaupun kehidupan Lepre kelihatan mewah dan ‘mudah’, beliau bukanlah seorang yang sambil lewa dalam pekerjaannya. Lepre berkata :
“Saya buat banyak kerja setiap hari tetapi saya tetap berpegang pada prinsip work hard, play harder“
Lepre banyak meluangkan masa untuk meneroka Jepun, Dubai, Hawaii dan pada 1 April ini beliau akan menghabiskan satu bulan untuk menubuhkan pejabat barunya di Thailand.
Sumber : news.com.au via Siakap keli
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
-
Hiburan2 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan6 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan6 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan6 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan6 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan6 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan5 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan6 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’