Connect with us

Hiburan

“Sampai berdiri pun tertidur..”- Abang Runner Tertidur Berdiri Sambil Galas Beg Makanan Buat Netizen Sebak.

Published

on

Ramai yang mengeluh penat kerja seharian meskipun pejabat penuh dengan aircond di kiri dan kanan. Ada pula yang kata punggung kebas sebab 8 ke 9 jam duduk di kerusi pejabat , ada yang mengomel pejabat terlalu sejuk sampai terpaksa pakai sweater dan macam-macam lagi.

Namun pernahkan kita terfikir bagaimana pula dengan mereka di luar sana yang kerja di bawah panas terik matahari dengan cuaca kadangkala tak menentu kadang hujan kadang panas.

Ada pula yang bekerja di tepi jalan raya yang keselamatannya hanya ‘menanti masa’. Itu belum lagi kerja di sektor pembinaan yang terdedah kepada bahaya setiap masa.

**Pernahkan mereka mengeluh? Meskipun gaji yang diperoleh hanya seciput. Bagi mereka asalkan cukup makan pakai anak bini sudah memadai.

“Abang Runner sampai tertidur”

Bagaimanapun gambar yang viral di media sosial baru-baru ini cukup menyentuh hati netizen dan menzahirkan keinsafan kepada sesiapa yang melihatnya, gambar ni pun admin ambik dari page facebook Anak Felda.

KETIKA KITA MENGELUH LETIH.

“Abang runner ni sampai tertidur penat demi mencari rezeki yg halal. Berteduh di bawah jambatan ketika hujan. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki bagi mereka bekerja dengan penuh jujur serta iklas.”

 

Sumber : Facebook

Admin tengok gambar ni pun sedih bila fikir-fikirkan balik waktu kita mengeluh dengan kerja dan tugasan yang dilakukan seharian..Padahal ramai lagi yang mengalami situasi lagi teruk

Malah ramai netizen tersentuh hati melihat kesungguhan dan pengorbanan lelaki tersebut demi mencari sesuap nasi.

 

“Peloh meleleh dr hujong rambut ke hujong kaki”

Sumber : Facebook

So lepas ni kerja dengan bersungguh-sungguh dan jangan mengeluh okay! 

Ini Pula Kisah Abang Posmen Yang Berteduh Bawah Pokok Rendang Demi Melaksanakan Tugas, Buat Ramai Terharu

Admin yakin sekarang ni kalau boleh korang tak nak keluar rumah kan? Ya lah sekarang ni kan negara kita sedang mengalami gelombang haba, dijangkakan berlarutan sehingga akhir Mac ini.

Pernah tak terfikir macam mana dengan nasib orang yang kerjanya kena keluar dan terpaksa menghadap panas terik ni. Terharu bila melihat perkongsian daripada Jannah Othman ini.

 

Semoga murah rezeki pakcik dan kawan2 posmen yang lain 

Foto abang posmen ini sedang menghubungi penerima bungkusan sambil mencari ‘peluang’ untuk berteduh walaupun seketika dan diruangan bayang kecil ternyata membuatkan ramai terharu dan kagum melihat dirinya yang begitu komited dalam melaksanakan tugas.

Bagi sesiapa yang selalu merungut barangan lambat sampai, lihat gambar ini dan fikir sejenak.Memang tak mustahil pun netizen kagum dengan dia termasuklah admin sendiri.

“Bahangnya menaiki motorsikal ketika ini sampai pakcik posmen ni terpaksa berteduh di bawah pokok sambil menelefon ‘customer’ untuk menghantar ‘parcel’.

.

Terima kasih pakcik posmen. .

Semoga murah rezeki pakcik dan kawan2 posmen yang lain .. .

.

P/S: Sedih tengok muka ayah2 hantar surat”

Buktinya, gambar ini telah meraih lebih daripada 6,000 perkongsian sejak ia dimuat naik Jumaat lepas.

Masing-masing terharu dan mendoakan agar pekerja posmen ini dilimpahi rezeki berkat daripada komitmen yang diberikan.

Ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka ketika berhadapan dengan posmen dalam situasi yang lebih kurang sama. Malah mereka juga ada labelkan abang posmen ini sebagai unsung heroes.

 

Wira tak didendang – Netizen

 

Bagi sesiapa yang selalu merungut barangan lambat sampai tumungkin mereka tengah struggle nak hantar barang kita sampai disebalik korang yang curi tulang dalam office sibuk shopping online sambil goyang kaki dalam aircond, lepas tu barang lambat sampai nak maki, harap lepas ni fahamilah posmen dan mereka yang buat kerja penghantaran ni.

Sumber:lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending