“Dia Balas La Pulak” – Hael Husaini Tak Sangka Dua Lipa Balas Ucapan I Love You

Penyanyi, Hael Husaini tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila artis Hollywood terkenal, Dua Lipa membalas ucapan “I Love You’nya.

Hael berkongsi momen indah itu menerusi sepotong video di akaun Instagramnya hari ini.

“Dia balas la pulak ehekk, @dualipa” tulisnya ringkas.

Video tersebut merakamkan Dua Lipa berada di atas tangga bergerak (escalator) untuk turun ke bawah sebelum Hael yang berada di bahagian atas mengucapkan “I love you so much” kepadanya.

Tanpa diduga, Dua Lipa yang mendengar ucapan Hael itu terus membalas “All my love to you” dan memberikan ‘flying kiss’ kepada Hael.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Dia balas la pulak ehekk ?☺️ @dualipa . . #Lazada7Birthday #MYLazada7Birthday #LAZADASUPERPAR7Y #haelhusaini #haelers

A post shared by HAEL (@haelhusaini) on

“Kemainnnnn tangkap eh hahahahahahahahahahaha,” komen @wanyhasrita

Reaksi Hael epic menyambut ‘civman’ Dua Lipa itu membuatkan peminatnya geli hati selain memberikan komen mengusik buat penyanyi lagu Haram itu.

“Hahahahaha orangg kat belakang Dua Lipa tuh mesti nyirap gila, tengok muke pon tauu AHAHAHAAHAHA” komen @cipaabeila.

“@haelhusaini you tangkap ke you hancurkan hati dia,” tulis @miyo_031

“Dua Lipa terkejut terus berhenti lambai. Takut die,” usik @atilia_hanifah

Terdahulu, Dua Lipa dan Hael ke hadir ke Jakarta untuk membuat persembahan sempena majlis hari jadi platform membeli-belah online, Lazada yang ke tujuh.

Sumber : Instagram @haelhusaini via Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! D

Be the first to comment

Leave a Reply